Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459942
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Siti Mistima Maat, Dr. | |
dc.contributor.author | Chia Pau Ling (P88584) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:35:20Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:35:20Z | - |
dc.date.issued | 2019-05-16 | |
dc.identifier.other | ukmvital:110801 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459942 | - |
dc.description | Adalah menjadi satu keperluan bagi menarik minat pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM). Kemerosotan enrolmen serta pencapaian pelajar dalam bidang STEM dijangka akan mengakibatkan kekurangan bilangan profesional bagi mengisi kerjaya STEM pada masa akan datang. Sehubungan dengan ini, kajian tinjauan silang ini telah dijalankan untuk mengenal pasti pengaruh sikap terhadap STEM dan persekitaran pembelajaran kepada kecenderungan kerjaya STEM dalam kalangan pelajar IPT di Malaysia. Teknik pensampelan rawak dua peringkat digunakan untuk mengumpulkan 607 sampel kajian daripada pelajar-pelajar IPT dari UKM dan UTeM. Data yang dikumpulkan dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS dan AMOS. Instrumen soal selidik kajian yang terdiri daripada faktor demografi sampel, sikap terhadap STEM, persekitaran pembelajaran dan kecenderungan kerjaya STEM digunakan dalam proses pengumpulan data. Ketiga-tiga instrumen memenuhi syarat kesahan dan kebolehpercayaan yang dicadangkan oleh kebanyakan pakar penyelidik. Di samping itu, statistik deskriptif dan analisis statistik inferens telah digunakan dalam kajian ini. Kekerapan dan peratusan digunakan bagi tujuan memerihalkan profil responden. Statistik inferens yang meliputi analisis faktor penerokaan, analisis faktor pengesahan dan model persamaan struktural digunakan demi menganalisis data yang terkumpul. Dapatan kajian menunjukkan ketiga-tiga model pengukuran sikap terhadap STEM, persekitaran pembelajaran dan kecenderungan kerjaya STEM telah memenuhi syarat kesepadanan model dengan data yang dikumpulkan. Analisis model persamaan struktural mendapati hubungan antara sikap terhadap STEM dan persekitaran pembelajaran, hubungan antara sikap terhadap STEM dan kecenderungan kerjaya STEM adalah signifikan secara statistik. Di samping itu, hubungan antara persekitaran pembelajaran dan kecenderungan kerjaya STEM juga didapati signifikan secara statistik. Dapatan kajian juga mencadangkan sikap terhadap STEM memainkan pengaruh perantaraan positif di antara persekitaran pembelajaran dan kecenderungan kerjaya STEM. Dapatan seterusnya memaparkan kesan pengaruh sikap terhadap STEM kepada kecenderungan kerjaya STEM adalah tiada perbezaan di antara UKM dan UTeM. Yang menarik ialah, kesan pengaruh persekitaran pembelajaran kepada kecenderungan kerjaya STEM adalah lebih kuat untuk UKM berbanding dengan UTeM. Adalah diharapkan dengan dapatan kajian ini, ia dapat memberi idea dan rujukan kepada pihak-pihak yang berkaitan dalam usaha meningkatkan kecenderungan kerjaya STEM dalam kalangan pelajar.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | STEM | |
dc.subject | Sikap | |
dc.subject | Kerjaya | |
dc.subject | Persekitaran | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Sikap terhadap STEM, persekitaran pembelajaran dan kecenderungan kerjaya STEM dalam kalangan pelajar kejuruteraan | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 253 | |
dc.identifier.barcode | 004170(2019) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_110801+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.89 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.