Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459936
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd. Mahzan Awang, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorRhoaina Julkarim (P84334)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:35:12Z-
dc.date.available2023-09-13T09:35:12Z-
dc.date.issued2019-05-01
dc.identifier.otherukmvital:110791
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459936-
dc.descriptionKajian ini bertujuan meninjau amalan Pembelajaran Inkuiri dan Kemahiran Pemikiran Sejarah (KPS) dari perspektif pelajar. Selain itu, kajian ini juga mengenal pasti tahap perbezaan amalan Pembelajaran Inkuiri dan tahap Kemahiran Pemikiran Sejarah berdasarkan jantina, etnik, zon, dan pencapaian pelajar. Seterusnya, kajian ini turut mengenal pasti hubungan antara amalan Pembelajaran Inkuiri dengan Kemahiran Pemikiran Sejarah. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen pengumpulan data. Model kitaran Pembelajaran Inkuiri 5E dan Kemahiran Pemikiran Sejarah menjadi asas pembinaan kerangka konseptual. Seramai 380 pelajar Tingkatan Dua di Kuala Lumpur terlibat sebagai responden dalam kajian ini. Perisian SPSS 22.0 digunakan untuk menganalisis data. Analisis deskriptif melibatkan kekerapan, peratusan, min, dan sisihan piawai dijalankan untuk menentukan demografi responden, tahap amalan Pembelajaran Inkuiri dan tahap Kemahiran Pemikiran Sejarah dari perspektif pelajar. Analisis inferensi pula melibatkan ujian-t tidak bersandar bagi mengenal pasti perbezaan amalan Pembelajaran Inkuiri dan KPS berdasarkan jantina. Manakala ujian ANOVA satu hala dijalankan untuk mengenal pasti perbezaan amalan Pembelajaran Inkuiri dan KPS berdasarkan etnik, zon, dan pencapaian pelajar. Korelasi Pearson pula dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara amalan Pembelajaran Inkuiri dengan KPS. Kajian rintis menunjukkan item soal selidik yang digunakan berada pada tahap Alpha Cronbach yang tinggi iaitu 0.942 bagi item amalan Pembelajaran Inkuiri manakala 0.946 bagi item Kemahiran Pemikiran Sejarah. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan tahap amalan Pembelajaran Inkuiri dari perspektif pelajar adalah sederhana tinggi (min=3.87 sp=0.41) begitu juga dengan tahap Kemahiran Pemikiran Sejarah (min=3.94 sp=0.40). Seterusnya, hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan amalan Pembelajaran Inkuiri berdasarkan jantina, zon, dan pencapaian. Bagi analisis berdasarkan etnik, kajian mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan. Manakala bagi KPS, hasil analisis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina, etnik, zon dan pencapaian. Ujian Korelasi Pearson pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan bagi amalan Pembelajaran Inkuiri dengan kelima-lima elemen Kemahiran Pemikiran Sejarah. Kajian ini membuktikan betapa amalan Pembelajaran Inkuiri mampu membentuk Kemahiran Pemikiran Sejarah pelajar. Implikasi kajian ini diharapkan mampu mendorong para guru untuk menggiatkan lagi amalan pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di sekolah menggunakan pendekatan inkuiri terutamanya bagi Mata pelajaran Sejarah. Malah, guru-guru perlu mempunyai kefahaman dan penguasaan berkaitan strategi Pembelajaran Inkuiri agar mampu melaksanakan PdPc yang berkesan. Hal ini bukan sahaja mampu menarik minat dan meningkatkan motivasi pelajar dalam mempelajari sejarah, malah berpotensi memperbaiki prestasi dan pencapaian pelajar ke tahap yang lebih cemerlang.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectPembelajaran
dc.subjectSejarah
dc.subjectKemahiran berfikir
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleAmalan Pembelajaran Inkuiri untuk membentuk Kemahiran Pemikiran Sejarah dari perspektif pelajar
dc.typetheses
dc.format.pages157
dc.identifier.barcode004165(2019)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_110791+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.7 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.