Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459923
Title: | Pola pengetahuan dan amalan pemakanan sihat kanak-kanak dalam kalangan ibu bapa |
Authors: | Adilah Ahmad Fauzi (P79197) |
Supervisor: | Suziyani Mohamed, Dr. |
Keywords: | Food habits Food -- Quality Family Health Children -- Nutrition -- Psychological aspects Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 12-Dec-2018 |
Description: | Pengetahuan pemakanan ibu bapa boleh memberi kesan kepada amalan pemakanan yang diamalkan oleh ibu bapa terhadap kanak-kanak. Aspek pemakanan memainkan peranan yang sangat penting kepada kanak-kanak kerana memberi kesan terhadap proses perkembangan dan pertumbuhan mereka secara menyeluruh. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap pengetahuan dan amalan ibu bapa, pengambilan makanan oleh kanak-kanak berdasarkan piramid makanan, hubungan antara tahap pengetahuan dengan tahap amalan ibu bapa serta perbezaan pengetahuan berdasarkan tahap pendidikan tertinggi ibu bapa. Kajian ini merupakan sebuah kajian tinjauan yang melibatkan 427 ibu bapa kanak-kanak di Bangi. Borang soal selidik telah diadaptasi daripada kajian Relationship among parents’ health behaviours, health beliefs and knowledge and attitude about early childhood nutrition. Soal selidik ini terdiri daripada empat bahagian utama iaitu Bahagian A: Maklumat demografi, Bahagian B: Pengetahuan ibu bapa, Bahagian C: Amalan ibu bapa dan Bahagian D: Kategori pengambilan makanan kanak-kanak. Soal selidik telah diedarkan kepada ibu bapa dengan bantuan guru di pusat perkembangan kanak-kanak dan mengambil masa selama dua belas minggu. Dapatan kajian menunjukkan tahap pengetahuan ibu bapa dan tahap amalan pemakanan ibu bapa berada pada tahap sederhana tinggi. Analisis Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara pengetahuandan amalan ibu bapa. Analisis ANOVA menunjukkan tidak wujud perbezaan yang signifikan dalam pengetahuan ibu bapa berdasarkan tahap pendidikan yang berbeza. Oleh yang demikian, implikasi kajian ini menunjukkan perlunya masyarakat melaksanakan perubahan sosial dengan meningkatkan pengetahuan pemakanan sihat untuk kanak-kanak agar dapat mengurangkan isu kesihatan yang disebabkan oleh pemakanan kanak-kanak. Kesimpulannya, penglibatan ibu bapa penting dalam membentuk pemakanan yang sihat dalam kalangan kanak-kanak kerana ibu bapa adalah contoh terbaik kepada kanak-kanak.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 152 |
Call Number: | TX357.A335 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_109145+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.68 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.