Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459915
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Faridah Yunus, Dr. | |
dc.contributor.author | Atikah Mohd Tahir (P82863) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:34:48Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:34:48Z | - |
dc.date.issued | 2018-09-10 | |
dc.identifier.other | ukmvital:108427 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459915 | - |
dc.description | Integrasi visual-motor (IVM) merupakan suatu kemahiran yang berkembang secara universal berdasarkan faktor umur dan kematangan. Kajian silang-budaya mendapati budaya mempengaruhi perkembangan IVM kanak-kanak. Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji IVM kanak-kanak prasekolah etnik Melayu, Cina dan India secara komprehensif melalui kumpulan umur, jantina dan lokasi petempatan yang berbeza. Kajian ini juga dilaksanakan bagi mengkaji kesan pengalaman pembelajaran silang-budaya ke atas IVM kanak-kanak prasekolah etnik Melayu di prasekolah SJKC. Beery VMI-6 versi pendek telah digunakan sebagai instrumen dalam kajian ini. Seramai 359 orang kanak-kanak prasekolah yang berumur 4.6 tahun hingga 6.5 tahun telah dipilih secara rawak dengan menggunakan teknik pensampelan rawak berperingkat dari 20 buah institusi prasekolah. Ujian ANOVA satu hala, ujian ANOVA dua hala dan ujian-t telah digunakan untuk membandingkan skor standard IVM kanak-kanak prasekolah berdasarkan etnik melalui kumpulan umur, jantina dan lokasi petempatan yang berbeza. Ujian-t juga telah digunakan untuk membandingkan min skor standard IVM kanak-kanak prasekolah etnik Melayu di prasekolah SJKC dengan min skor standard IVM kanak-kanak prasekolah etnik Melayu di prasekolah SK setelah faktor umur, jantina dan lokasi petempatan dikawal. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara min skor standard IVM kanak-kanak prasekolah etnik Melayu, Cina dan India merentas kumpulan umur, jantina dan lokasi petempatan yang berbeza. Namun begitu tidak terdapat kesan interaksi yang signifikan antara etnik dan umur, etnik dan jantina serta etnik dan lokasi petempatan terhadap min skor standard IVM kanak-kanak prasekolah. Kesan utama umur terhadap skor standard IVM kanak-kanak prasekolah adalah signifikan manakala kesan utama jantina dan kesan utama lokasi petempatan terhadap min skor standard IVM kanak-kanak prasekolah pula adalah tidak signifikan. Kanak-kanak prasekolah etnik Cina mempunyai penguasaan IVM yang lebih baik daripada kanak-kanak prasekolah etnik Melayu dan India. Kesimpulannya, penguasaan IVM kanak-kanak prasekolah berbeza berdasarkan praktis budaya yang diamalkan dalam setiap etnik. Kajian lanjutan perlu memberi fokus kepada saiz sampel yang lebih besar daripada tadika kerajaan mahupun swasta bagi mendapatkan data yang lebih komprehensif.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Perceptual-motor learning -- Education (Preschool) | |
dc.subject | Motor ability in children | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Kemahiran integrasi visual-motor kanak-kanak prasekolah berdasarkan etnik: satu kajian silang-budaya | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 190 | |
dc.identifier.callno | LB1067.A865 2018 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003910(2019) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_108427+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.74 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.