Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459907
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJamalul Lail Abdul Wahab
dc.contributor.authorLee Xiao Ting (P83126)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:34:40Z-
dc.date.available2023-09-13T09:34:40Z-
dc.date.issued2018-09-24
dc.identifier.otherukmvital:108418
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459907-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kepimpinan inovatif dalam kalangan guru besar dan perbezaan tahap kepimpinan inovatif guru besar berdasarkan jenis sekolah. Selain itu, kajian ini juga ingin mengenal pasti tahap tingkah laku kerja inovatif guru berdasarkan jantina, pengalaman mengajar dan gred jawatan guru serta perbezaan tahap tingkah laku kerja inovatif guru berdasarkan jenis sekolah. Kajian ini juga bertujuan mengenal pasti hubungan dan pengaruh antara gaya kepimpinan inovatif guru besar dengan tingkah laku kerja inovatif guru. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 840 orang responden yang terdiri daripada guru di 56 buah Sekolah Kebangsaan (SK) dan 30 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) di daerah Melaka Tengah, Negeri Melaka. Soal selidik kepimpinan inovatif guru besar diadaptasi dari Model Kepimpinan Inovatif Gliddon, manakala Model Empat Peringkat Tingkah Laku Kerja Inovatif De Jong dan Den Hartog digunakan untuk menguji tahap tingkah laku kerja inovatif guru. Dapatan kajian pada keseluruhannya menunjukkan kepimpinan inovatif guru besar berada di tahap yang sangat tinggi, manakala dapatan keseluruhan tahap tingkah laku kerja inovatif guru berada di tahap tinggi. Dapatan kajian menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara kepimpinan inovatif guru besar berdasarkan jenis sekolah. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara tingkah laku kerja inovatif guru berdasarkan pengalaman mengajar dan jenis sekolah. Namun, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara tingkah laku kerja inovatif guru berdasarkan jantina dan gred jawatan. Ujian Korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan positif yang kuat antara kepimpinan inovatif guru besar dengan tingkah laku kerja inovatif guru. Ujian Regresi Berganda menunjukkan kepimpinan inovatif guru besar mempengaruhi tingkah laku kerja inovatif guru sebanyak 36%. Implikasi kajian terhadap kepimpinan inovatif guru besar dan pengamalan tingkah laku kerja inovatif guru serta prestasi sesebuah sekolah dibincangkan dalam kajian ini.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectHigh school principals -- Malaysia
dc.subjectHigh schools -- Administration -- Malaysia
dc.subjectSchool management and organization -- Malaysia
dc.subjectEducational leadership -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titleKepimpinan inovatif guru besar dan tingkah laku kerja inovatif guru di daerah Melaka Tengah negeri Melaka
dc.typetheses
dc.format.pages147
dc.identifier.callnoLB2831.626.M4L436 2018 tesis
dc.identifier.barcode003901(2019)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108418+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.07 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.