Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459903
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJamil Ahmad, Dr.
dc.contributor.authorMohd Hilmi Anwa (P82872)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:34:35Z-
dc.date.available2023-09-13T09:34:35Z-
dc.date.issued2019-02-08
dc.identifier.otherukmvital:108343
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459903-
dc.descriptionPeningkatan Sekolah (SISC+) dengan menggunakan Model Penilaian Kirkpatrick. Penilaian yang dilakukan melibatkan tiga tahap penilaian iaitu tahap reaksi, tahap pembelajaran (pengetahuan, kemahiran dan sikap) serta tahap tingkah laku. Penilaian tahap reaksi merangkumi konstruk kemudahan fizikal, masa bimbingan, bahan bimbingan serta pembimbing. Penilaian tahap pengetahuan, tahap kemahiran, tahap sikap serta tahap tingkah laku pula merangkumi konstruk kurikulum, pedagogi pengajaran serta penilaian pembelajaran. Pendekatan utama kajian ialah pendekatan kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Sampel kajian melibatkan seramai 300 orang peserta Program SISC+ daripada 30 buah sekolah menengah harian dalam Negeri Sembilan. Data yang diperoleh dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 20. Dapatan kajian menunjukkan penilaian tahap reaksi adalah berada pada tahap tinggi bagi setiap konstruk dan keseluruhannya. Penilaian tahap pengetahuan, tahap kemahiran serta tahap sikap peserta setelah mengikuti Program SISC+ secara keseluruhannya berada pada tahap tinggi. Penilaian tahap tingkah laku peserta semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran setelah mengikuti Program SISC+ juga berada pada tahap tinggi secara keseluruhannya. Berdasarkan analisis inferensi menggunakan ujian-t sampel bebas pula, dapat dirumuskan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap reaksi, tahap pengetahuan, tahap kemahiran serta tahap sikap peserta setelah mengikuti Program SISC+ berdasarkan lokasi sekolah. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan terhadap tahap tingkah laku peserta semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran setelah mengikuti Program SISC+ berdasarkan lokasi sekolah (t=-2.151, p<0.05). Dapatan juga membuktikan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap reaksi, tahap pengetahuan serta tahap kemahiran peserta setelah mengikuti Program SISC+ berdasarkan kategori guru tetapi terdapat perbezaan yang signifikan tahap sikap dan tahap tingkah laku peserta setelah mengikuti Program SISC+ berdasarkan kategori guru. Implikasi kajian mendapati pelaksanaan Program SISC+ wajar diteruskan dan boleh dilakukan beberapa penambahbaikan seperti yang dicadangkan bagi meningkatkan lagi keupayaan guru yang dibimbing dalam menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectSchool improvement programs
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePenilaian program pembimbing pakar Peningkatan Sekolah (SISC+)
dc.typetheses
dc.format.pages145
dc.identifier.callnoLB2822.8.M834 2019 tesis
dc.identifier.barcode003894(2019)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108343+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.04 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.