Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459902
Title: | Program pemakanan kanak-kanak di prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) |
Authors: | Nur Sakinah Mohamad (P72720) |
Supervisor: | Faridah Yunus, Dr. |
Keywords: | School children -- Food Children -- Nutrition Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 26-Oct-2018 |
Description: | Pola pemakanan berkhasiat dan seimbang kanak-kanak prasekolah dapat dibentuk apabila wujudnya kolaborasi antara pendidik, keluarga dan profesional. Kajian ini melibatkan keluarga, pendidik dan profesional (pensyarah dan pegawai kesihatan) yang membantu membuat perubahan dan penambahbaikan terhadap pemahaman penyelidik tentang teori, polisi dan praktis program pemakanan di Prasekolah KPM. Peserta kajian terdiri daripada seorang pegawai kesihatan sebagai pakar, 3 orang guru, 3 orang PPM, 5 buah keluarga dan 5 orang kanak-kanak prasekolah. Kajian dijalankan di sebuah Prasekolah KPM di daerah Seremban, Negeri Sembilan. Melalui pendekatan Kajian Tindakan ini, 2 kitaran telah dilaksanakan iaitu kitaran pertama (K1): memahami pemakanan di praktis; dan kitaran kedua (2): memahami jurang antara polisi atau teori dan praktis. K1 menggunakan instrumen protokol temubual, soal selidik dan pemerhatian untuk memahami pemakanan kanak-kanak di praktis. Pakar telah memeriksa instrumen terbabit untuk tujuan kesahan. Dapatan di praktis menunjukkan persamaan persepsi peserta kajian mengenai pemakanan berkhasiat dan seimbang; faktor dorongan pemilihan makanan yang berbeza oleh kanak-kanak; dan perbezaan amalan guru ke atas proses PdP pemakanan. K2 membanding bezakan dapatan daripada Kajian Kepustakaan dan K1 secara visual untuk menganalisis jurang di antara kedua-dua dapatan tersebut. Dapatan menunjukkan terdapat jurang di antara polisi dan praktis. Bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan data, penyelidik membina beberapa jadual analisis untuk mempamerkan data secara eksplisit bagi analisis secara visual. Kesimpulannya, latihan, pemantauan dan penguatkuasaan di prasekolah KPM perlu diperkemaskini agar setiap pemegang taruh memainkan peranan secara kolaboratif dalam memastikan program pemakanan kanak-kanak ke arah pemilihan makanan berkhasiat dan seimbang dapat dilaksanakan secara efektif.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 217 |
Call Number: | LB3473.N837 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_108342+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 10.19 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.