Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459897
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Isa Hamzah, Dr.
dc.contributor.authorKyairaniah Abu Hassan (P79149)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:34:28Z-
dc.date.available2023-09-13T09:34:28Z-
dc.date.issued2017-08-29
dc.identifier.otherukmvital:108169
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459897-
dc.descriptionDisebalik kepelbagaian teori kognitif yang perlu dikuasai, ianya perlu berasaskan satu mekanisme kognitif yang dikenali sebagai metakognitif atau kecekapan menggunakan strategi dalam proses pemikiran. Kemahiran metakognitif membantu murid mengawal proses pembelajaran serta meningkatkan kemahiran berfikir mereka. Antara faktor kegagalan murid dalam pembelajaran adalah kerana mereka tidak menguasai kemahiran metakognitif. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kemahiran metakognitif murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam berdasarkan faktor jantina dan aliran kelas murid. Responden kajian terdiri daripada 315 orang murid tingkatan empat di tujuh buah sekolah menengah kebangsaan dalam kawasan FELDA seluruh Negeri Sembilan. Murid dipilih secara rawak berstrata. Data dikumpul dengan menggunakan borang soal selidik. Instrumen kajian adalah berfokus kepada empat aspek perlakuan metakognitif dengan menggunakan inventori metakognitif yang dibina oleh O’Neil & Abedi (1996) yang terdiri daripada aspek kesedaran, strategi kognitif, perancangan dan penilaian kendiri. Data dianalisis secara deskriptif bagi memperolehi nilai peratusan, min, sisihan piawai serta tahap metakognitif murid. Dapatan kajian menunjukkan bahawa murid-murid mempunyai kompetensi metakognitif yang tinggi dalam pengurusan pembelajaran Pendidikan Islam. Hasil ujian inferensi ujian- t untuk sampel-sampel bebas menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap kompetensi metakognitif dalam pembelajaran Pendidikan Islam antara murid lelaki dan murid perempuan. Hasil ujian ANOVA sehala berdasarkan aliran kelas pula mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan bagi tahap kesedaran metakognitif murid antara kelas aliran Sains dengan Vokasional (MPV/PVMA). Namun, tiada perbezaan yang signifikan bagi kemahiran strategi kognitif, perancangan dan penilaian kendiri murid antara aliran kelas-kelas berkenaan.Justeru, melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, misi ini dicernakan agar murid-murid mahir menguruskan pemikiran mereka dan berupaya memacu pembelajaran sendiri dengan kemampuan menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat. Guru-guru Pendidikan Islam pula perlu mengeksploitasi kemahiran metakognitif murid supaya mereka boleh mengurus serta mengatur pembelajaran Pendidikan Islam dengan lebih praktikal.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectIslamic education -- Malaysia
dc.subjectIslamic education -- Curricula
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleTahap kompetensi metakognitif murid dalam mata pelajaran Pendidikan Islam di sekolah menengah kawasan Felda di Negeri Sembilan
dc.typetheses
dc.format.pages159
dc.identifier.callnoLC910.M4K933 2017 tesis
dc.identifier.barcode003873(2019)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108169+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.61 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.