Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459886
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorFariza Khalid, Dr.
dc.contributor.authorShahfiezul Shahaimi (P79068)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:34:16Z-
dc.date.available2023-09-13T09:34:16Z-
dc.date.issued2018-08-26
dc.identifier.otherukmvital:105309
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459886-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh faktor persekitaran luaran, dalaman dan atribut inovasi VLEFROG ke atas tahap penggunaan VLEFROG dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru di sekolah. Kajian ini memberi fokus terhadap atribut inovasi yang terdapat dalam aplikasi VLEFROG yang merangkumi aspek kelebihan relatif, aspek keserasian, aspek boleh dicuba uji, aspek boleh diperhatikan dan aspek kerumitan. Aspek lain yang dikaji adalah faktor-faktor yang menyumbang kepada penggunaan VLEFROG dalam pengajaran dan pembelajaran guru. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan yang menggunakan set soal selidik. Sampel kajian terdiri daripada 416 orang guru sekolah perintis yang terlibat dengan Program Guru Muda 1Malaysia (GM1M) yang di pilih menggunakan teknik rawak berstrata daripada 17 buah sekolah. Data kajian dianalisis menggunakan bantuan perisian SPSS versi 23.0. Analisis deskriptif adalah melibatkan peratus, frekuensi, min dan sisihan lazim manakala analisis inferensi pula melibatkan Ujian Korelasi dan Ujian Regresi. Hasil kajian menunjukkan tahap persepsi guru terhadap kewujudan ciri-ciri inovasi VLEFROG adalah pada tahap sederhana. Majoriti faktor-faktor yang dikaji membawa kepada penggunaan VLEFROG menunjukkan min yang sederhana kecuali bagi faktor polisi. Analisis Korelasi pula menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penggunaan aplikasi VLEFROG dengan persepsi guru terhadap atribut inovasi pada aplikasi VLEFROG. Manakala satu lagi analisis Korelasi menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penggunaan aplikasi VLEFROG dengan persepsi guru terhadap faktor-faktor yang menyumbang kepada penggunaan VLEFROG. Manakala analisis Regresi pula menunjukkan Faktor Pembelajaran merupakan penyumbang terbesar iaitu sebanyak 15.9% daripada keseluruhan kajian. Implikasi kajian mendapati amalan penggunaan aplikasi VLEFROG dalam kalangan guru masih di tahap sederhana disebabkan oleh ciri aplikasi VLEFROG yang bukan mesra pengguna, kekangan masa untuk guru memasang alatan berkaitan VLEFROG sebelum pengajaran dan juga sumber perbelanjaan yang diurus kementerian untuk menyelenggara atau penggantian alatan baru yang lambat diterima oleh pihak sekolah.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectEducational technology
dc.subjectEducation -- Data processing
dc.subjectComputer-assisted instruction
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengaruh faktor persekitaran luaran, persekitaran dalaman dan atribut inovasi VLEFROG ke atas tahap penggunaan dalam kalangan guru
dc.typetheses
dc.format.pages162
dc.identifier.callnoLB1028.43.S543 2018 tesis
dc.identifier.barcode003717(2019)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105309+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.96 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.