Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459877
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Isa Hamzah, Dr. | |
dc.contributor.author | Jamaliah Abdul Jalil (P80302) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:34:07Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:34:07Z | - |
dc.date.issued | 2017-08-10 | |
dc.identifier.other | ukmvital:100689 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459877 | - |
dc.description | Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengkaji tahap pengetahuan dan amalan fardhu ain anak-anak mualaf sekolah menengah di bahagian Sri Aman, Sarawak serta hubungan antara tahap pengetahuan fardhu ain anak-anak mualaf dengan amalan fardhu ain mereka dan amalan fardhu ain ibu bapa terhadap amalan fardhu ain anak-anak mualaf. Selain itu kajian ini dilakukan untuk mengenalpasti perbezaan tahap amalan fardhu ain anak-anak mualaf berdasarkan status perkahwinan ibu bapa, tahap pendidikan dan jenis pekerjaan ibu bapa. Kajian ini terbatas kepada mengukur tahap pengetahuan dan amalan fardhu ain daripada aspek solat fardhu, mandi wajib dan berpakaian menutup aurat. Kajian ini melibatkan seramai 97 orang anak mualaf dari enam buah sekolah menengah di bahagian Sri Aman, Sarawak yang mewakili 89% daripada jumlah keseluruhan populasi. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah satu set borang soal selidik. Analisis data secara deskriptif dan inferensi melalui ujian korelasi Pearson, ujian-t tidak bersandar dan ujian Kruskal Wallis H dilakukan dengan perisian SPSS. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan fardhu ain anak-anak mualaf berada pada tahap tinggi manakala bagi amalan fardhu ain anak-anak mualaf pula berada pada tahap sederhana. Di samping itu, hasil kajian mendapati wujud hubungan yang signifikan tahap pengetahuan fardhu ain anak-anak mualaf dengan amalan fardhu ain mereka dan amalan fardhu ain ibu bapa dengan amalan fardhu ain anak-anak mualaf. Hasil kajian ini juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap amalan fardhu ain anak-anak mualaf berdasarkan status perkahwinan ibu bapa dan jenis pekerjaan bapa, tetapi tidak wujud perbezaan yang signifikan berdasarkan tahap pendidikan ibu bapa dan jenis pekerjaan ibu. Dapatan kajian ini diharapkan dapat memberi implikasi kepada ibu bapa, pihak sekolah terutama para guru dan institusi-institusi agama Islam agar bersama-sama menggembeleng tenaga dan usaha dalam memberi didikan dan bimbingan fardhu ain kepada anak-anak mualaf agar dapat meningkatkan lagi pengetahuan dan amalan fardhu ain mereka.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Islam -- Customs and practices | |
dc.title | Tahap pengetahuan dan amalan fardhu ain anak-anak Mualaf sekolah menengah di bahagian Sri Aman, Sarawak | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 123 | |
dc.identifier.callno | BP174.J335 2017 tesis | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_100689+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 468.6 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.