Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459873
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Khadijah Abdul Razak, Dr. | |
dc.contributor.author | Mohd Firdaus Mamat Junoh (P73709) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:34:03Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:34:03Z | - |
dc.date.issued | 2017-08-21 | |
dc.identifier.other | ukmvital:100685 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459873 | - |
dc.description | Pensyarah merupakan nadi penggerak yang akan memastikan kejayaan pelaksanaan sesuatu kurikulum. Justeru, kajian ini bertujuan mengkaji amalan pensyarah pendidikan Islam berkesan dari aspek pengetahuan (penguasaan) isi kandungan, amalan pedagogi dan amalan pentaksiran dalam melaksana kursus Sains Teknologi dan Kejuruteraan dalam Islam di Politeknik Semenanjung Malaysia. Sampel yang terlibat dalam kajian ini adalah seramai 102 orang PPI yang mengajar kursus ini dari 30 Politeknik di Semenanjung Malaysia. Satu set soal selidik telah digunakan sebagai instrumen untuk mengumpul data kajian. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 23.0. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Statistik kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawaian digunakan untuk melaporkan data deskriptif. Manakala ujian MANOVA digunakan untuk menentukan perbezaan tahap pengetahuan, amalan pedagogi dan ujian t tak bersandar digunakan untuk menentukan perbezaan tahap amalan pentaksiran berdasarkan gender dan pengalaman mengajar. Seterusnya, korelasi Person pula digunakan untuk melihat arah dan kekuatan hubungan antara pemboleh ubah- pemboleh ubah kajian. Hasil kajian menunjukkan bahawa tahap pengetahuan (penguasaan) isi kandungan PPI terhadap kursus STK dalam Islam adalah tinggi dengan skor min keseluruhan 4.33. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa tahap amalan pedagogi PPI adalah tinggi dalam proses PdP dengan skor min keseluruhan 3.81. Manakala dapatan kajian juga menunjukkan bahawa PPI berada pada tahap amalan pentaksiran yang tinggi dengan skor min keseluruhan 4.01. Dapatan ujian MANOVA menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan gender dan pengalaman mengajar PPI dengan penguasaan mereka dari segi pengetahuan (penguasaan) isi kandungan dan amalan pedagogi. Dapatan ujian t tidak bersandar menunjukkan, tidak terdapat perbezaan dari segi amalan pentaksiran berdasarkan gender dan pengalaman mengajar PPI. Dapatan kajian juga menunjukkan, tidak terdapat hubungan dari segi pengetahuan (penguasaan) isi kandungan dengan amalan pentaksiran. Namun terdapat hubungan yang positif sederhana antara amalan pedagogi dengan amalan pentaksiran PPI (r =0.46). Seterusnya, tidak terdapat hubungan antara pengetahuan (penguasaan) isi kandungan dengan amalan pedagogi PPI dalam melaksanakan kursus STK dalam Islam di politeknik Malaysia. Berdasarkan dapatan kajian ini, dapatlah disimpulkan bahawa, pengetahuan (penguasaan) isi kandungan, amalan pedagogi dan amalan pentaksiran PPI merupakan elemen penting keberkesanan pelaksanaan kursus STK dalam Islam di politeknik Malaysia. Komitmen jitu yang diberikan oleh PPI ini seiring dengan keperluan peningkatan profesionalisme pensyarah dalam menghasilkan pendidikan yang berkualiti di Politeknik.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Effective teaching | |
dc.title | Amalan pelaksanaan kursus sains, teknologi dan kejuruteraan dalam Islam dalam kalangan pensyarah Pendidikan Islam di Politeknik Malaysia | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 167 | |
dc.identifier.callno | LB1775.2.M834 2017 tesis | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_100685+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 405.67 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.