Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459865
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZamri Mahamod, Prof. Dr.
dc.contributor.authorWan Nurzuliana Wan Ahmad (P73683)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:33:55Z-
dc.date.available2023-09-13T09:33:55Z-
dc.date.issued2017-10-06
dc.identifier.otherukmvital:100678
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459865-
dc.descriptionKajian yang berkaitan program LINUS ini dijalankan untuk meneroka amalan guru dari segi kualiti pengajaran, kesesuaian aras pengajaran, insentif dan masa dalam pelaksanaan kemahiran literasi bahasa Melayu bagi program LINUS di sekolah rendah. Keempat-empat aspek tersebut merupakan input yang terkandung dalam model pengajaran berkesan. Dari segi kualiti pengajaran, kajian ini akan meninjau kaedah pengajaran guru, penggunaan alat bantu mengajar, isi kandungan pengajaran yang telah dikemaskini serta penggunaan pelbagai sistem penilaian murid. Memandangkan kajian ini melibatkan pengajaran guru dalam pelaksanaan program LINUS, unsur-unsur yang terkandung dalam aspek kualiti pengajaran guru ini dikaitkan dengan Model Pengajaran Langsung yang telah diasaskan oleh Siegfried Engelmann dan Wesley C. Becker pada tahun 1964 serta Model Pengajaran Berkesan oleh Selvin pada tahun 1994. Reka bentuk kajian ini adalah kajian kes yang menggunakan kaedah kualitatif. Seramai tiga orang guru Pemulihan Khas yang terlibat secara langsung dalam pengajaran kemahiran literasi bahasa Melayu program LINUS dipilih sebagai peserta kajian. Ketiga-tiga orang guru ini adalah dari Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT). Instrumen kajian terdiri daripada analisis data temu bual, analisis dokumen dan pemerhatian. Data temu bual dan pemerhatian pula ditriangulasi dan dianalisis dengan menggunakan perisian Atlas.ti versi 7. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru Pemulihan Khas di ketiga-tiga jenis sekolah rendah ini menggunakan kaedah pengajaran langsung, iaitu berpusatkan guru dalam pengajaran terhadap murid LINUS. Bagi SJKT, pengajaran langsung ini dilakukan secara individu (one to one) berbanding SK dan SJKC yang melakukan pembahagian kumpulan kecil, iaitu dua hingga tiga orang murid dalam satu sesi pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mengikut tahap penguasaan kemahiran literasi murid. Walaupun murid LINUS ini diajar secara individu atau dalam kumpulan yang kecil, prosedur pengajaran langsung tetap diaplikasikan oleh guru, iaitu dimulakan dengan set induksi, latihan dan bimbingan sepenuhnya oleh guru, latihan kendiri dan penilaian guru. Implikasi daripada penggunaan kaedah pengajaran langsung terhadap murid LINUS ini ialah guru-guru dapat dapat mengenal pasti tahap pencapaian murid mengikut konstruk yang telah dikuasai, pengajaran guru terus berfokuskan kepada cara untuk meningkatkan tahap pencapaian kemahiran literasi murid dan dengan ini pengajaran guru menjadi lebih berkesan dan berkualiti. Kajian ini turut membuktikan bahawa penggunaan kaedah pengajaran langsung terhadap murid-murid LINUS di sekolah rendah amat bersesuaian dengan tahap kemampuan murid yang mengalami masalah pembelajaran ini.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectMalay language -- Study and teaching -- Malaysia
dc.titleAmalan guru dalam pelaksanaan kemahiran literasi Bahasa Melayu bagi program LINUS di sekolah rendah
dc.typetheses
dc.format.pages173
dc.identifier.callnoPL5105.W343 2017 tesis
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100678+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
275.37 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.