Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459864
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRuhizan Mohd Yasin, Prof. Dr.
dc.contributor.authorSiti Mariam Dasman (P81974)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:33:54Z-
dc.date.available2023-09-13T09:33:54Z-
dc.date.issued2018-01-31
dc.identifier.otherukmvital:100677
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459864-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk membangunkan sebuah Modul Asas Tenaga Solar (MAT-Sol) untuk komuniti Orang Asli. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian Penyelidikan dan Pembangunan atau Design and Development Research (DDR) melalui pendekatan kuantitatif dan kualitatif yang melibatkan beberapa kaedah dalam setiap fasa. Berdasarkan reka bentuk kajian ini, terdapat tiga fasa yang perlu diikuti. Pemilihan sampel atau responden bagi ketiga-tiga fasa adalah secara bertujuan berdasarkan kriteria yang dikenal pasti dan diperlukan untuk memenuhi keperluan kajian. Fasa pertama adalah fasa analisis keperluan dengan menggunakan teknik temubual separa berstruktur dan soal selidik. Seramai 12 orang peserta kajian ditemu bual bagi mendapatkan respon berkenaan dengan isu keperluan pembelajaran dan pendidikan komuniti Orang Asli. Selain itu, dua set soal selidik terbuka yang masing-masing diedarkan kepada 10 orang dewasa dan 20 orang remaja dalam kalangan Orang Asli bagi mengetahui gaya belajar dan tahap kesedaran tentang tenaga boleh baharu di kawasan tempat tinggal mereka. Dapatan fasa pertama menunjukkan bahawa kecenderungan gaya belajar adalah secara tidak langsung seperti berbentuk kemahiran dan permainan. Manakala, min kesedaran tentang pengetahuan tenaga boleh baharu di kawasan setempat menunjukkan yang terendah iaitu 1.30. Perkara ini memberi makna bahawa isu Tenaga Boleh Baharu kurang menjadi bualan atau penting kepada komuniti. Fasa kedua pula ialah fasa reka bentuk dan pembangunan yang menjelaskan tentang perkaitan antara teori pembelajaran dan model pengajaran instruksi yang sesuai dengan perkembangan dan pembangunan Orang Asli. Fasa ketiga pula ialah fasa penilaian modul yang bertujuan untuk menguji kebolehgunaan modul yang melibatkan 10 orang pakar dalam pelbagai bidang yang berkaitan dengan Orang Asli iaitu 5 orang pakar penilai (isi kandungan, kurikulum Orang Asli dan strategi pengajaran) dan 10 orang pengguna modul yang mewakili komuniti Orang Asli. Fasa ini adalah untuk menentukan keperluan dan komponen yang perlu ada pada modul yang dibangunkan. Teknik yang digunakan adalah perbincangan kumpulan berfokus (FGD), temu bual dan soal selidik penilaian modul dengan analisis tematik dan deskriptif. Dapatan fasa ini menunjukkan bahawa modul ini perlu memenuhi keperluan seperti berbentuk penglibatan dan pengisian yang bermakna. Tumpuan terhadap isi kandungan yang jelas sangat membantu komuniti untuk menimba pengetahuan yang bermakna. Secara keseluruhannya, diharap kualiti pendidikan dan kehidupan Orang Asli akan lebih baik pada masa akan datang.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectIndigenous peoples -- Education -- Malaysia
dc.titleReka bentuk dan pembangunan Modul Asas Tenaga Solar (Mat-Sol): aplikasi kaedah pengajaran peribumi untuk komuniti Orang Asli
dc.typetheses
dc.format.pages164
dc.identifier.callnoGN635.M4S588 2018 tesis
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100677+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
582.48 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.