Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459861
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSiti Mistima Maat, Dr.
dc.contributor.authorMira Khalisa Rosli (P82700)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:33:51Z-
dc.date.available2023-09-13T09:33:51Z-
dc.date.issued2017-12-21
dc.identifier.otherukmvital:100673
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459861-
dc.descriptionPendidikan statistik merupakan persediaan bagi pelajar sarjana bagi melakukan kajian berdasarkan bidang pengkhususan masing-masing. Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan antara sikap dan kerisauan pelajar terhadap statistik dengan pencapaian dalam kalangan pelajar sarjana pendidikan. Seramai 199 orang pelajar sarjana pendidikan di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi terpilih menjadi responden dalam kajian yang menggunakan reka bentuk tinjauan. Data diperoleh melalui dua instrumen yang diedarkan iaitu SATS-36 (Survey of Attitude toward Statistics) dan STARS (Statistical Anxiety Rating Scale). Kedua-dua instrumen telah melalui kajian rintis dan memperoleh nilai kebolehpercayaan yang baik. Dua jenis analisis statistik iaitu analisis deskriptif dan analisis inferensi digunakan bagi menganalisa data yang dikumpulkan. Analisis deskriptif digunakan untuk memerihalkan ciri-ciri responden yang terlibat serta tahap sikap dan kerisauan mereka menggunakan peratusan dan kekerapan. Analisis inferensi pula melibatkan analisis faktor pengesahan (Confirmatory Factorial Analysis) dan hubungan menggunakan model persamaan struktural (Structural Equation Modelling). Data dianalisis menggunakan perisian IBM SPSS Statistics dan Amos Graphics versi 22. Hasil analisis deskriptif mendapati sikap dan kerisauan pelajar terhadap statistik berada pada tahap sederhana. Selain itu, model pengukuran sikap terhadap statistik dan model pengukuran kerisauan statistik adalah sepadan dengan data yang dikumpulkan dan memenuhi syarat-syarat statistik yang ditetapkan. Analisis model persamaan struktural digunakan untuk menentukan hubungan antara sikap terhadap statistik, kerisauan statistik dan pencapaian pelajar. Dapatan kajian mendapati hubungan antara sikap terhadap dengan kerisauan statistik adalah signifikan manakala hubungan antara pencapaian dengan sikap terhadap statistik dan pencapaian dengan kerisauan statistik adalah tidak signifikan. Kajian lanjutan dicadangkan bagi memfokuskan pencapaian statistik para pelajar. Kajian ini diharap menjadi panduan pada pensyarah statistik dan pelajar sarjana dalam melakukan penambah baikkan mutu pendidikan statistik pada masa akan datang.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectStatistics -- Study and teaching -- Research
dc.titleHubungan antara sikap, kerisauan terhadap statistik dengan pencapaian pelajar sarjana pendidikan
dc.typetheses
dc.format.pages132
dc.identifier.callnoQA276.18.M537 2017 tesis
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100673+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
528.54 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.