Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459858
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzlin Norhaini Mansor, Dr.
dc.contributor.authorZalina Abdul Rahman (P79219)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:33:48Z-
dc.date.available2023-09-13T09:33:48Z-
dc.date.issued2018-03-05
dc.identifier.otherukmvital:100025
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459858-
dc.descriptionGuru besar yang mempunyai kompetensi dari segi kemahiran dan pengetahuan mampu melaksanakan penyeliaan berkesan sekaligus membantu meningkatkan efikasi guru. Berdasarkan situasi pendidikan masakini, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kompetensi guru besar selaku penyelia pengajaran dari dimensi pengetahuan dan kemahiran, mengenalpasti tahap amalan penyeliaan klinikal lima langkah serta mengenalpasti tahap efikasi guru Bahasa Inggeris dari dimensi strategi pengajaran dan penglibatan murid di sekolah rendah daerah Batu Pahat, Johor. Kajian ini juga dijalankan untuk melihat hubungan antara kompetensi guru besar dan amalan penyeliaan, mengenalpasti hubungan antara amalan penyeliaan dan efikasi guru serta hubungan antara kompetensi guru besar dan efikasi guru. Responden terdiri daripada 196 guru Bahasa Inggeris. Analisis kajian deskriptif dipersembahkan dalam bentuk kekerapan, min, sisihan piawai dan peratus. Analisis statistik pula menggunakan Ujian Korelasi Spearman Rho. Dapatan kajian menunjukkan tahap yang sederhana untuk kompetensi guru besar dari dimensi pengetahuan dan kemahiran, tahap amalan penyeliaan klinikal dan tahap efikasi guru dari dimensi penglibatan murid. Analisis ujian Korelasi Spearman Rho menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan dan kuat antara kompetensi guru besar dan efikasi guru Bahasa Inggeris dan terdapat hubungan yang signifikan dan sederhana antara amalan penyeliaan dan efikasi guru Bahasa Inggeris serta kompetensi guru besar dan efikasi guru Bahasa Inggeris. Hasil kajian dapat membantu guru besar lebih menguasai kompetensi penyeliaan klinikal untuk melaksanakan penyeliaan pengajaran yang berkesan kearah meningkatkan efikasi guru sekaligus membantu guru memperkasa subjek Bahasa Inggeris disekolah rendah khususnya dalam daerah Batu Pahat, Johor.,Sarjana Pendidikan
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectEnglish language -- Study and teaching -- Malaysia
dc.titleKompetensi guru besar dan hubungannya dengan amalan penyeliaan klinikal dan efikasi guru bahasa Inggeris
dc.typetheses
dc.format.pages112
dc.identifier.callnoPE1068.M4Z338 2018 tesis
dc.identifier.barcode003353(2018)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_100025+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.09 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.