Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459857
Title: | Tahap intensiti keprihatinan dan tahap amalan pengajaran dan pembelajaran (PdP) terhadap pendidikan seks dalam kalangan guru prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di Negeri Sembilan |
Authors: | Amrizal Amsah (P66291) |
Supervisor: | Faridah Yunus, Dr. |
Keywords: | Pendidikan seks Education Preschool -- Malaysia |
Issue Date: | 12-Apr-2018 |
Description: | Pada masa kini, kanak-kanak terdedah kepada bahaya serangan seksual dan menjadi mangsa kerakusan orang dewasa. Oleh yang demikian, kanak-kanak perlu didedahkan dengan pengetahuan awal yang diharap mampu menjadi banteng pertahanan yang kukuh kepada kanak-kanak dalam mempertahankan dirinya. Justeru, pendidikan seks perlu ditekankan dalam pendidikan prasekolah bagi menangani permasalahan ini. Maka, guru sebagai tunjang utama perlulah mempunyai keprihatinan yang tinggi terhadap pendidikan seks itu sendiri dan mempunyai pelbagai alternatif amalan PdP bagi menerapkan pendidikan seks kepada kanak-kanak. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan bertujuan untuk untuk mengenal pasti tahap intensiti keprihatinan dan tahap amalan kaedah PdP guru-guru prasekolah di Negeri Sembilan terhadap pendidikan seks. Data bagi kajian ini dikumpul dengan menggunakan soal selidik dan diedarkan kepada guru-guru prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia di kesemua daerah dalam Negeri Sembilan yang berjumlah 299 orang. Hasil kajian mendapati bahawa guru prasekolah di negeri sembilan mempunyai tahap intensiti keprihatinan terhadap pelaksanaan pendidikan seks yang tinggi (Min = 4.82±1.09) dan tahap amalan PdP pendidikan seks yang sederhana (Min = 3.79±0.86). Bagi tahap intensiti keprihatinan guru-guru terhadap pelaksanaan Pendidikan seks di prasekolah pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan (p < 0.05) mengikut jantina, umur, kelayakan ikhtisas, daerah prasekolah, pengalaman mengajar dan pengalaman mengikuti kursus/latihan. Sementara, bagi tahap amalan PdP pendidikan seks pula, guru-guru menunjukkan perbezaan yang signifikan (p < 0.05) mengikut pengalaman latihan, umur, kelayakan ikhtisas, daerah prasekolah dan pengalaman mengajar.,Sarjana Pendidikan |
Pages: | 112 |
Call Number: | LB1140.2 A467 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_100024+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 4.95 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.