Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459852
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNor Aishah Buang, Prof. Dr.
dc.contributor.authorMohd Arisham Jusof (P66371)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:33:42Z-
dc.date.available2023-09-13T09:33:42Z-
dc.date.issued2017-04-20
dc.identifier.otherukmvital:97817
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459852-
dc.descriptionProses pengajaran dan pembelajaran Ekonomi memerlukan perubahan dalam aspek strategi pembelajaran bagi tujuan menentukan keberkesanannya. Penggunaan modul sebagai alat dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah meningkat dalam kalangan pendidik. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti keberkesanan penggunaan Modul Ekonomi Asas Aras Aplikasi dan Analisis dalam meningkatkan pencapaian dan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Ekonomi. Kajian ini menggunakan modul Ekonomi Asas Aras Aplikasi dan Analisis sebagai alat rawatan. Reka bentuk kajian ini ialah eksperimen-kuasi yang melibatkan satu kumpulan rawatan dan satu kumpulan kawalan. Kajian ini mengambil masa selama lapan minggu melibatkan 60 orang pelajar Ekonomi Asas tingkatan empat di sebuah sekolah yang terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor. Kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan masing-masing diwakili oleh 30 pelajar. Kumpulan rawatan menjalani aktiviti pembelajaran menggunakan modul Ekonomi Asas Aras Aplikasi dan Analisis, manakala kumpulan kawalan menjalani aktiviti pembelajaran menggunakan strategi pembelajaran konvensional iaitu menggunakan buku teks. Data dikumpulkan melalui ujian pra dan pos dan analisis dokumen dijalankan oleh pengkaji. Data dianalisis menggunakan Predictive Analytics Software (PASW) Statistics 18. Instrumen yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah satu set soalan ujian pra dan satu set soalan ujian pos bagi mengukur tahap pencapaian. Manakala set soal selidik sikap diberikan kepada kedua-dua kumpulan sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Instrumen ini digunakan bagi mengukur tahap perubahan sikap pelajar terhadap mata pelajaran Ekonomi. Analisis data secara deskriptif dilakukan bagi mendapatkan nilai min dan sisihan piawai. Seterusnya analisis inferensi menggunakan ujian-t dan korelasi juga dilakukan. Dapatan kajian menunjukkan kumpulan pelajar yang menjalani pembelajaran menggunakan modul Ekonomi Asas Aras Aplikasi dan Analisis telah menunjukkan peningkatan dalam pencapaian dengan perbezaan min 22.73 dan nilai t (29) = -13.79 pada aras signifikan p<0.05. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa strategi pembelajaran penggunaan modul dapat meningkatkan tahap sikap pelajar terhadap mata pelajaran Ekonomi. Walau bagimanapun, hasil kajian mendapati tidak terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan pencapaian pelajar. Kesimpulannya penggunaan modul dalam aktiviti pembelajaran berjaya meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajar Ekonomi dan kaedah ini dapat meningkatkan tahap sikap pelajar terhadap mata pelajaran Ekonomi.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectEkonomi Asas
dc.subjectPembelajaran
dc.subjectPencapaian
dc.subjectSikap
dc.subjectEconomics -- Study and teaching (Secondary) -- Malaysia
dc.titleKeberkesanan Modul Ekonomi Asas Aras Aplikasi dan Analisis dalam kalangan pelajar tingkatan empat terhadap pencapaian dan sikap
dc.typetheses
dc.format.pages104
dc.identifier.callnoHB74.5.M833 2017 tesis
dc.identifier.barcode003007(2017)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97817+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
320.49 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.