Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459835
Title: | Aplikasi teknik nyanyian dalam pengajaran suku kata Bahasa Melayu satu kajian tindakan bagi kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun |
Authors: | Jazira Najua Mohamed Yusoff (P75017) |
Supervisor: | Faridah Yunus, Dr. |
Keywords: | Nyanyian Bahasa Melayu Pengajaran Kanak-kanak Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 22-Feb-2016 |
Description: | Membaca merupakan salah satu komponen dalam pra-literasi awal kanak-kanak. Pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran yang sesuai menyokong kebolehan membaca kanak-kanak sebelum memasuki persekolahan formal. Kajian ini bertujuan untuk mengaplikasikan teknik nyanyian dalam pengajaran suku kata Bahasa Melayu (BM) terhadap dua orang kanak-kanak (SK1 dan SK2) tipikal yang berumur lima hingga enam tahun yang telah mengenal huruf tetapi belum boleh membaca di sebuah prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia di Kuala Lumpur. Aplikasi teknik nyanyian ini dijalankan secara didik hibur berdasarkan kandungan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) bagi mata pelajaran BM Tahun Satu. Kajian ini menggunakan prosedur kitaran Kajian Tindakan dan pendekatan praksis yang menghasilkan dua kitaran. Kitaran pertama (K1): pemilihan suku kata BM, melodi dan lirik serta alat bantu mengajar (ABM) dan kitaran kedua (K2): pemerhatian respons dan perkembangan kanak-kanak terhadap aplikasi teknik nyanyian dalam pengajaran suku kata BM. K1 melibatkan pemilihan suku kata BM dalam pengajaran, pemilihan melodi dan lirik lagu dalam nyanyian, pemilihan ABM oleh dua orang panel rujukan. Kajian rintis dijalankan untuk melihat kesesuaian suku kata, melodi dan lirik serta ABM. Analisis kesahan menunjukkan prosedur aplikasi teknik nyanyian ini sesuai dijalankan. Proses aplikasi diteruskan dalam K2 menggunakan 20 suku kata Bahasa Melayu yang dipilih, dua lagu suku kata serta dua jenis ABM dalam permainan „Roda Suku Kata‟ dan „Kad Suku Kata‟ (dapatan K1). Semasa proses aplikasi, dua jenis respons kanak-kanak telah diperhatikan iaitu negatif dan positif. Respons positif kanak-kanak adalah memberi perhatian dengan memandang ke arah guru dan mengambil bahagian dalam nyanyian dan aktiviti. Respons negatif adalah tidak mengambil perhatian seperti memandang ke arah lain dan tidak mengambil bahagian dalam nyanyian. Berlaku peningkatan perkembangan kanak-kanak dalam menyebut suku kata dengan lancar. SK1 boleh membunyikan 80 peratus suku kata dan SK2 sebanyak 65 peratus. Secara keseluruhannya, teknik nyanyian ini sesuai diaplikasikan dalam pengajaran membaca Bahasa Melayu dalam konteks pendidikan awal kanak-kanak.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 201 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97072+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 366.44 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.