Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459829
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorManisah Mohd. Ali, Prof. Madya Dr.-
dc.contributor.authorMazlinah Abd Mutalib (P51047)-
dc.date.accessioned2023-09-13T09:33:21Z-
dc.date.available2023-09-13T09:33:21Z-
dc.date.issued2016-08-24-
dc.identifier.otherukmvital:97065-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459829-
dc.descriptionKajian kes ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah membaca dalam kalangan murid-murid yang mengalami disleksia. Fokus kajian melibatkan ujian membaca huruf, suku kata, perkataan dan ujian membaca petikan. Subjek kajian merupakan empat orang murid yang mengalami disleksia berusia lapan tahun dan dua orang guru yang mengajar bahasa Melayu. Instrumen kajian melibatkan satu set ujian membaca huruf, satu set ujian ujian membaca suku kata, satu set ujian membaca perkataan, satu set ujian membaca petikan, borang catatan ujian membaca huruf, suku kata dan perkataan dan borang catatan ujian membaca huruf, suku kata dan perkataan. Protokol temubual disediakan untuk menemubual subjek guru. Skor ujian membaca huruf, membaca suku kata dan membaca perkataan dianalisis berdasarkan kepada jawapan betul. Bagi ujian membaca petikan data dianalisis berdasarkan jenis miskiu bacaan. Dapatan kajian menunjukkan kesemua subjek kajian mengalami masalah mendekod bentuk huruf besar ‘l’ dan huruf besar ‘L’, sukar membuat pengamatan fitur huruf yang hampir sama bentuknya seperti huruf ‘b’, ‘d’, ‘p’dan huruf ‘q’. Keempat-empat subjek kajian didapati tidak membaca suku kata ‘KV’ sebaliknya mengeja. Dapatan kajian ujian membaca suku kata menunjukkan subjek kajian bermasalah membaca suku kata berganding “KVVK” dan mengalami masalah ketika membaca perkataan yang melebihi dua suku kata. Dapatan analisis miskiu menunjukkan masalah membaca yang berbeza. Dua orang subjek mengalami miskiu membaca tertinggi dalam aspek membuat ulangan dan mengeja ketika membaca perkataan. Dua orang subjek lagi mengalami miskiu yang tinggi dalam aspek menggantikan, memasukkan huruf dan perkataan serta menukarkan perkataan yang dibaca dengan perkataan lain. Dapatan temubual guru menunjukkan masalah membaca disebabkan masalah mendekod, masalah fonologi dan memproses maklumat serta keliru ketika membaca. Implikasi hasil kajian ini menunjukkan masalah membaca perlu dikenalpasti pada peringkat awal agar kaedah pengajaran dapat dirancang mengikut keperluan dan keupayaan murid yang mengalami disleksia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan-
dc.rightsUKM-
dc.subjectMembaca-
dc.subjectMurid-
dc.subjectDisleksia-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.titleMasalah membaca murid yang mengalami disleksia-
dc.typetheses-
dc.format.pages150-
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_97065+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
99.06 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.