Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459828
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Norlena Salamuddin, Dr. | |
dc.contributor.author | Mohammad Fuad Shahnizan Azmain (P66366) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:33:20Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:33:20Z | - |
dc.date.issued | 2015-10-07 | |
dc.identifier.other | ukmvital:97064 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459828 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk mengkaji gaya kepimpinan jurulatih yang diminati atlet sekolah menengah di Daerah Tutong, Brunei Darussalam berdasarkan kepada jantina, umur dan etnik. Seramai 108 orang atlet sekolah menengah yang berumur diantara 12 hingga 18 tahun yang sekurang-kurangnya pernah mewakili sekolah masing-masing dalam pertandingan sukan dan permainan telah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Soalselidik Leadership Scale for Sports (LSS) yang dibina oleh Chelladurai dan Saleh (1980) telah digunakan untuk mengenalpasti gaya kepimpinan jurulatih yang diminati di sekolah menengah berdasarkan kepada perbezaan jantina, umur dan etnik. Soal selidik ini digunakan untuk mengukur lima dimensi gaya kepimpinan iaitu dimensi latihan dan arahan (13 soalan), dimensi demokratik (9 soalan), dimensi autokratik (5 soalan), dimensi sokongan sosial (8 soalan) dan dimensi maklum balas positif (5 soalan). Hasil kajian deskriptif menunjukkan atlet sekolah menengah lebih meminati gaya kepimpinan dimensi latihan dan arahan dan paling kurang diminati ialah gaya kepimpinan dimensi autokratik. Ujian t bebas menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan berasaskan jantina bagi gaya kepimpinan jurulatih yang diminati atlet sekolah menengah Daerah Tutong dengan nilai p > .05 (t=0.14). Ujian t bebas juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan berasaskan umur bagi gaya kepimpinan jurulatih yang diminati atlet sekolah menengah Daerah Tutong dengan nilai p > .05 (t=1.20). Kruskal-Wallis Test menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan di antara etnik dalam kesemua dimensi gaya kepimpinan dengan nilai p > .05. Kajian ini telah membuktikan bahawa gaya kepimpinan latihan dan arahan adalah yang paling diminati atlet sekolah menengah berdasarkan kepada jantina, umur dan etnik. Beberapa cadangan untuk kajian lanjut telah diberikan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Kepimpinan | |
dc.subject | Jurulatih | |
dc.subject | Atlet | |
dc.subject | Sekolah menengah | |
dc.subject | Tutong | |
dc.subject | Brunei Darussalam | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.title | Gaya kepimpinan jurulatih yang diminati atlet sekolah menengah Daerah Tutong negara Brunei Darussalam | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 85 | |
dc.identifier.barcode | 002866(2017) | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_97064+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 482.07 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.