Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459818
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorJamil Ahmad, Dr.
dc.contributor.authorAnita Hashim (P69825)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:33:11Z-
dc.date.available2023-09-13T09:33:11Z-
dc.date.issued2016-08-25
dc.identifier.otherukmvital:96400
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459818-
dc.descriptionPerkembangan teknologi baharu dalam bidang industri telah mengubah keadaan tempat kerja serta jenis tugas yang perlu dilaksanakan oleh seseorang pekerja, Sebagai bakal pekerja seorang pelajar memerlukan kemahiran yang bersesuaian dengan keperluan untuk menghadapi cabaran dunia pekerjaan. Oleh itu, kursus kemahiran Core Abilities dinilai secara kompentensi telah menjadi kursus wajib lulus bagi program diploma. Kajian ini bertujuan untuk membina sebuah instrumen bagi atribut Core Abilities untuk pelajar kolej vokasional. Instrumen ini bertujuan untuk menilai tahap kebolehan teras pelajar kolej vokasional bagi memenuhi keperluan tenaga mahir berdasarkan permintaan industri. Instrumen ini mengandungi sembilan atribut iaitu atribut personal, komunikasi, kerja berkumpulan, penyelesaian masalah, inisiatif dan keusahawanan, pengurusan strategik, pengurusan diri, pembelajaran sepanjang hayat dan teknologi. Kajian ini melibatkan empat prosedur utama: pembinaan kerangka konsep kajian; pengumpulan data melalui temu bual pakar dan pembinaan item; pengujian item-item bagi menentukan ciri-ciri psikometrik (kesahan dan kebolehpercayaan) dan penentuan atribut Core Abilities pelajar. Kajian ini melibatkan 350 pelajar kolej vokasional. Proses pengumpulan data, seperti pembinaan kerangka konsep kajian, pembinaan data soal selidik kajian, semakan dan pengesahan pakar, pembinaan item, pengujian item-item bagi menentukan ciri psikometrik serta analisis kesahan dan kebolehpercayaan dijalankan untuk menjadikan instrumen ini lengkap melalui pusingan pembinaannya. Pengujian ini telah dijalankan sebanyak tiga pusingan, bermula dengan instrumen yang mengandungi 165 item dengan sebelas atribut. Setelah melalui proses kesahan kandungan daripada pakar dan beberapa pusingan, hasilnya menjadi sembilan atribut dengan 143 item. Soal selidik yang dilaksanakan akhirnya mempunyai sembilan atribut yang mempunyai 143 item. Dapatan kajian dianalisis dengan melihat faktor penerokaan dan menghasilkan 123 item dengan sembilan atribut. Analisis faktor penerokaan menunjukkan bahawa instrumen Core Abilities mempunyai ciri-ciri psikometrik apabila pemeriksaaan ujian kesahan dan kebolehpercayaan dijalankan. Sumbangan peratus varians analisis penerokaan menunjukkan bahawa kesemua atribut telah menyumbang sebanyak 64.78 % kepada varians atribut Core Abilities. Nilai-nilai yang diperoleh melalui korelasi item dengan jumlah skor kemahiran menunjukkan bahawa item-item mengukur atribut yang dimaksudkan. Nilai korelasi antara item dengan jumlah skor atribut adalah melebihi 0.654 dan nilai-nilai mempunyai korelasi yang signifikan (p<0.01). Indeks kebolehpercayaan Alpha Cronbach untuk kesembilan atribut ini adalah antara 0.654 hingga 0.943 menunjukkan bahawa item-item yang mewakili atribut-atribut mempunyai ketekalan dalaman yang baik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectPsikometrik
dc.subjectKursus Core Abilities
dc.subjectInstrumen
dc.subjectKolej vokasional
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titlePembinaan instrumen penilaian psikometrik atribut Core Abilities bagi pelajar kolej vokasional
dc.typetheses
dc.format.pages357
dc.identifier.barcode002724(2017)
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_96400+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
525.55 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.