Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459808
Title: | Kemahiran pedagogi guru yang mengajar murid masalah pendengaran |
Authors: | Amina VP Hamzah (P59105) |
Supervisor: | Safani Bari, Dr. |
Keywords: | Pedagogi Pengajaran Masalah pendengaran Kod Tangan Bahasa Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations |
Issue Date: | 30-Aug-2016 |
Description: | Kemahiran pedagogi merupakan aspek penting yang mesti dikuasai oleh setiap guru. Kajian ini meninjau kemahiran pedagogi guru dalam melaksanakan pengajaran terhadap murid masalah pendengaran, Kemahiran yang dikaji ialah penguasaan Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM), strategi pengajaran, penggunaan bahan bantu mengajar, dan Komunikasi Seluruh. Cabaran-cabaran yang dihadapi dalam mengajar murid masalah pendengaran turut diteroka. Sampel kajian terdiri daripada guru sekolah menengah yang mengajar di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pendengaran di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dan kualitatif. Kajian berbentuk kuantitatif melibatkan 46 peserta kajian manakala kajian kualitatif melibatkan 3 orang guru. Instrumen kajian yang digunakan ialah Ujian Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM), soal selidik, senarai semak pemerhatian dan protokol temu bual. Data kajian kuantitatif dianalisis menggunakan perisian Program SPSS Versi 22 (Statistical Package for Social Science Version 22) melibatkan data diskriptif iaitu kekerapan, peratus, dan min. Data kualitatif dianalisis berpandukan tema-tema daripada jawapan responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM) guru berada pada tahap rendah iaitu min keseluruhan 1.75. Pemerhatian pengajaran guru menunjukkan bahawa guru sering melaksanakan Strategi Pengajaran Berpusatkan Guru dan tidak melibatkan murid secara aktif dalam pembelajaran. Penggunaan bahan bantu mengajar sangat terhad. Guru menggunakan Komunikasi Seluruh dalam pengajaran tetapi hanya melibatkan pertuturan, bahasa isyarat, ejaan jari manakala bahasa badan untuk menjelaskan pengajaran masih kurang diamalkan. Guru berhadapan dengan pelbagai cabaran iaitu berpunca daripada pihak guru sendiri, murid-murid dan juga faktor persekitaran. Implikasi kajian ini membuktikan bahawa guru perlu meningkatkan kemahiran pedagogi dalam pengajaran. Selain itu, pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk menjalankan kursus, bengkel, dan institusi yang melahirkan bakal guru perlu menjalankan kursus yang komprehensif bagi meningkatkan kemahiran guru dan juga menyediakan latihan perguruan yang bersifat holistik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 145 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_96391+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 292.45 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.