Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459747
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Isa Hamzah, Dr. | |
dc.contributor.author | Mohd Aliff Mohd Nawi (P57446) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:32:13Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:32:13Z | - |
dc.date.issued | 2013-04-30 | |
dc.identifier.other | ukmvital:82009 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459747 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk membina dan menilai kebolehgunaan aplikasi Mobile Haji (M-Haj) bagi kegunaan guru Pendidikan Islam sekolah menengah. Aplikasi M-Haj ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Learning Mobile Author 4.4.114 bagi penghasilan aplikasi berformat Java untuk dimuatkan ke dalam telefon pintar. Metodologi pembinaan aplikasi ini berasaskan Model ADDIE yang membahagikan aktiviti pembangunan kepada lima fasa iaitu Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan, Pelaksanaan dan Penilaian. Semua fasa dalam model ini melibatkan proses penilaian dan penambahbaikan semula yang dijalankan pada setiap fasa. Kajian ini berbentuk kuantitatif dengan menggunakan borang soal selidik bagi menilai kebolehgunaan aplikasi M-Haj dalam aspek reka bentuk antara muka, teknikal, mesra pengguna, kepuasan pengguna dan persepsi kualiti pengajaran. Satu kajian rintis telah dijalankan untuk menguji kebolehpercayaan instrumen sebelum kajian sebenar dijalankan. Nilai Alpha Cronbach yang diperolehi bagi instrumen kajian ini adalah 0.929. Responden kajian terdiri dari guru-guru Pendidikan Islam seramai 31 orang yang merupakan pelajar pasca-siswazah di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Data yang diperolehi telah dianalisis menggunakan perisian SPSS 20. Statistik deskriptif berasaskan min dan peratus digunakan untuk menilai data yang diperolehi daripada hasil penilaian sumatif oleh responden. Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden bersetuju aplikasi ini mempunyai reka bentuk yang bersesuaian, bebas dari masalah teknikal, mesra pengguna dan memenuhi kepuasan pengguna. Dapatan juga menunjukkan responden bersetuju bahawa aplikasi ini boleh dijadikan panduan dan rujukan untuk membantu guru menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran. Diharapkan dapatan kajian dapat memberi pendedahan terhadap manfaat penggunaan kaedah m-pembelajaran di samping membantu guru-guru Pendidikan Islam dalam meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam tajuk Haji dan Umrah.,Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Mobile Haji | |
dc.subject | Pendidikan Islam | |
dc.subject | Mobile communication systems in education -Malaysia. | |
dc.title | Pembinaan aplikasi mobile haji (M.Haj) bagi kegunaan guru pendidikan Islam di sekolah menengah | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 145 | |
dc.identifier.callno | LB1044.84 .M843 2013 | |
dc.identifier.barcode | 001618 | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_82009+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 6.53 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.