Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459745
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Kamisah Osman, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Norliza Ghazali (P56490) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:32:11Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:32:11Z | - |
dc.date.issued | 2013-08-29 | |
dc.identifier.other | ukmvital:81917 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459745 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan untuk membina instrumen pentaksiran non-kognitif bagi pemilihan pelajar siswazah pendidikan dan mengenalpasti profil non-kognitif pelajar siswazah pendidikan. Pembinaan instrumen ini berasaskan Model Pengukuran Nonkognitif yang mengemukakan lapan konstruk iaitu konsep kendiri positif, penilaian diri, pengurusan, perancangan, dorongan individu lain, kepimpinan, komuniti dan pengetahuan pelbagai. Prosedur pembinaan instrumen melibatkan tiga peringkat: (i) reka bentuk instrumen; (ii) pembinaan instrumen dan (iii) pengesahan instrumen. Reka bentuk instrumen merangkumi proses pembentukan definisi konstruk dengan menggunakan prosedur Delphi. Item-item yang dibina berdasarkan definisi konstruk yang diperoleh, disemak oleh individu terpilih untuk dihakimi daripada aspek kesahan kandungan dan kesahan muka. Kajian rintis dijalankan ke atas 100 pelajar siswazah pendidikan. Analisis kebolehpercayaan dan kesahan instrumen dikenal pasti. Kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi lapan konstruk berada antara 0.659 dan 0.869, menunjukkan item-item mempunyai ketekalan dalaman yang baik. Kesahan konstruk ditunjukkan melalui nilai korelasi item dengan jumlah skor. Seterusnya instrumen digunakan untuk mendapatkan profil aspek non-kognitif bagi 323 pelajar siswazah pendidikan berdasarkan empat faktor demografi iaitu jantina, jenis pengajian, umur dan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK). Analisis deskriptif menunjukkan pelajar siswazah pendidikan lebih cenderung memiliki konsep kendiri positif dan kurang cenderung berkaitan dengan sifat-sifat kepimpinan. Analisis juga menunjukkan pelajar lelaki dan pelajar sepenuh masa mencatatkan skor min lebih tinggi bagi setiap konstruk aspek non-kognitif kecuali bagi konstruk dorongan individu lain. Keputusan analisis ANOVA mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan min aspek non-kognitif berdasarkan umur pelajar kecuali bagi konstruk konsep kendiri positif, pengurusan dan perancangan. Analisis ANOVA juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan min bagi setiap konstruk aspek nonkognitif berdasarkan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK). Dapatan juga menunjukkan tidak terdapat kesan interaksi antara faktor-faktor demografi terhadap aspek non-kognitif. Beberapa limitasi telah dikenal pasti dalam kajian ini dan cadangan kajian lanjutan telah dikemukakan bagi mempertingkatkan kualiti dapatan kajian yang diperoleh.,Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | College student development programs. | |
dc.subject | Model pengukuran nonkognitif | |
dc.subject | Siswazah pendidikan | |
dc.title | Pentaksiran kemahiran non-kognitif pelajar siswazah Fakulti Pendidikan | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 233 | |
dc.identifier.callno | LB2343.4 .N647 2013 | |
dc.identifier.barcode | 001554 | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_81917+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.87 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.