Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459743
Title: Amalan menyokong perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak berisiko di sebuah pusat aktiviti kanak-kanak (PAKK) :satu kajian tindakan
Authors: Shairatul Azlin Abdul Shukor. (P47519)
Supervisor: Hasnah Toran, Dr.
Keywords: Dissertations, Academic -- Malaysia
Pusat aktiviti kanak-kanak
Emosi kanak-kanak
Issue Date: 18-Jul-2011
Description: Perkembangan sosial emosi kanak-kanak memerlukan sokongan daripada persekitaran di mana mereka membesar. Faktor-faktor risiko seperti kemiskinan, jenayah dan kepincangan keluarga berkemungkinan mengganggu perkembangan sosial emosi kanak-kanak. Kajian tindakan ini dijalankan untuk mengenal pasti masalah dalam pengasuhan kanak-kanak berisiko di sebuah Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK). Seramai tujuh orang pengasuh kanak-kanak serta empat orang kakitangan pengurusan di PAKK tersebut terlibat dalam menjalankan kajian ini. Tinjauan awal telah dilakukan terhadap tingkah laku bermasalah kanak-kanak serta respons pengasuh kanak-kanak terhadap tingkah laku tersebut. Pengumpulan maklumat juga dilakukan melalui temu bual bersama pengasuh kanak-kanak dan kakitangan pengurusan serta melalui dokumen dan gambar. Isu-isu yang telah dikenal pasti berlaku adalah berkaitan jadual harian kanak-kanak, perspektif tugas pengasuh kanak-kanak, kurang latihan kemahiran mengasuh dan mengendalikan tingkah laku kanak-kanak serta tiada kemahiran mengendalikan kanak-kanak kurang upaya. Selain itu, terdapat juga isu-isu seperti tekanan kerja yang dialami oleh pengasuh kanak-kanak, salah faham dengan pihak pengurusan dan ibu bapa, kekurangan staf serta kurang kerjasama sesama rakan sekerja. Perancangan pelan tindakan dalam kajian ini adalah memberikan latihan kepada pengasuh kanak-kanak berfokus kepada menyokong perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak seperti yang terkandung dalam modul ‘Preschool Training Module: Promoting Social Emotional Comptence’ yang dibangunkan oleh ‘Center on the Social Emotional Foundations for Early Learning (CSEFEL)’. Modul tersebut terbahagi kepada empat bahagian iaitu ‘Membina Hubungan Positif’, ‘Menyediakan Persekitaran Menyokong’, ‘Strategi Mengajar Kemahiran Sosial dan Emosi’ dan ‘Intervensi Intensif Individu’. Empat sesi latihan dan bimbingan telah dijalankan dalam tempoh enam minggu. Refleksi daripada pengasuh kanak-kanak, pihak pengurusan dan juga pengkaji serta tinjauan pasca implementasi pelan tindakan menunjukkan terdapat beberapa perubahan dalam amalan pengasuh kanak-kanak dan juga persekitaran PAKK tersebut. Seterusnya, cadangan kajian lanjutan, limitasi serta implikasi kajian yang dijalankan ini turut dibincangka,Sarjana
Pages: 177
Call Number: BF721.S535 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_81913+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
8.78 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.