Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459710
Title: | Impak kepekakan terhadap perkembangan murid bermasalah pendengaran : implikasi kepada keperluan sistem sokongan |
Authors: | Ardzulyna Anal (P56488 ) |
Supervisor: | Zalizan Mohd, Profesor Dato' Dr. |
Keywords: | Murid Masalah pendengaran Children with disabilities |
Issue Date: | 3-Sep-2013 |
Description: | Kajian ini dijalankan untuk meninjau impak kepekakan terhadap perkembangan murid bermasalah pendengaran serta meninjau aspek-aspek yang menjadi keperluan dalam sistem sokongan dalam kalangan murid ini. Selain itu, bentuk-bentuk bantuan dan sokongan yang diperoleh oleh murid-murid ini turut dibincangkan. Data kajian dikumpulkan melalui temu bual mendalam. Kaedah temu bual mendalam telah dijalankan ke atas enam orang peserta kajian yang terdiri daripada ibu bapa, dua orang guru bermasalah pendengaran dan dua orang audiologis yang terlibat dalam bidang bermasalah pendengaran berdasarkan kesanggupan mereka untuk ditemu bual dalam berkongsi pengalaman dan maklumat. Hasil temu bual telah dibuat transkrip secara verbatim. Kesimpulan dibuat berdasarkan analisis tema. Dapatan kajian menunjukkan keperluan seperti sokongan pendidikan, sumber maklumat, sumber kewangan, serta akses kepada khidmat sokongan adalah menjadi keperluan terpenting dalam kalangan murid bermasalah pendengaran. Kajian juga telah mengenal pasti kepekakan telah memberi impak kepada perkembangan murid-murid bermasalah pendengaran daripada aspek bahasa, komunikasi dan interaksi, tingkah laku serta pencapaian akademik mereka. Hasil kajian terpenting menunjukkan ibu bapa perlu mempunyai sikap yang proaktif dalam mencari sumber bantuan dan sokongan untuk anak mereka agar dapat menghasilkan anak yang maju dalam pencapaian akademik mahupun perkembangan yang lain. Hasil dapatan kajian yang diperoleh daripada ibu bapa, guru dan audiologis melalui kajian ini memberi implikasi kepada keperluan sistem sokongan dalam kalangan murid-murid bermasalah pendengaran daripada aspek ekuiti dalam pendidikan, akses kepada khidmat sokongan, rangkaian kolaborasi antara badan kerajaan dengan badan-badan bukan kerajaan serta agensi lain dan sokongan ibu bapa dan masyarakat.,Master/Sarjana |
Pages: | 138 |
Call Number: | LC4037.M4A734 2013 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459710 |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_76976+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.26 MB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.