Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459703
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Norshidah Mohamad Salleh, Dr. | |
dc.contributor.author | Rubashini a/p Ramakrishnan (P56376) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T09:31:39Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T09:31:39Z | - |
dc.date.issued | 2014 | |
dc.identifier.other | ukmvital:75268 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459703 | - |
dc.description | Kajian ini bertujuan membangunkan satu perisian pembelajaran untuk murid bermasalah pendengaran tahun 6 bagi mata pelajaran Bahasa Melayu topik Kata Penguat. Perisian ini dibangunkan dengan menggunakan Microsoft Power Point dengan mengintegrasikan perisian Adobe Photoshop 7.0, Power Director 4.0 dan Sound Forge 5.0 berasaskan kepada model reka bentuk pengajaran ADDIE. Model ADDIE ini terdiri daripada lima fasa iaitu fasa analisis, fasa reka bentuk, fasa pembangunan, fasa pelaksanaan dan fasa penilaian. Lima objektif dikemukakan dalam kajian ini iaitu yang pertama adalah untuk membangunkan perisian Bahasa Melayu topik kata penguat murid tahun 6 bermasalah pendengaran dalam bentuk teks dan multimedia. Objektif yang kedua adalah menilai kesesuaian perisian Bahasa Melayu topik kata penguat murid tahun 6 bermasalah pendengaran melalui borang penilaian guru. Objektif seterusnya adalah menilai keberkesanan pencapaian topik kata penguat murid tahun 6 bermasalah pendengaran sebelum menggunakan perisian melalui ujian pra. Objektif keempat adalah menilai keberkesanan pencapaian topik kata penguat murid tahun 6 bermasalah pendengaran selepas menggunakan perisian melalui ujian pos. Objektif yang terakhir adalah menilai keberkesanan pencapaian topik kata penguat murid tahun 6 bermasalah pendengaran sebelum dan selepas menggunakan perisian melalui ujian pra dan ujian pos. Instrumen yang digunakan untuk kajian ini adalah soal selidik skala likert lima mata serta ujian pra dan ujian pos. Responden kajian terdiri daripada 6 orang guru dan 8 orang murid bermasalah pendengaran tahun 6. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah di daerah Hulu Langat di negeri Selangor. Analisis ujian pra dan ujian pos adalah berdasarkan nilai skor min. Hasil kajian menunjukkan bahawa perisian Bahasa Melayu topik Kata Penguat yang dibangunkan bagi kegunaan murid bermasalah pendengaran mempunyai skor min yang tinggi bagi semua aspek yang dikaji iaitu aspek isi kandungan dan bahasa isyarat adalah 4.97. Manakala skor min aspek bahasa dan multimedia adalah masing-masing sebanyak 4.93 dan 4.96. Analisis ujian pos menunjukkan murid bermasalah pendengaran menguasai topik Kata Penguat setelah menggunakan perisian tersebut iaitu terdapat peningkatan sebanyak 67.4% bagi soalan aneka pilihan dan peningkatan sebanyak 87.5% bagi soalan bina ayat. Implikasi kajian menunjukkan kepelbagaian pendekatan pengajaran khususnya penggunaan perisian dapat meningkatkan pencapaian murid bermasalah pendengaran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,Master/Sarjana | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Perisian pembelajaran | |
dc.subject | Murid cacat pendengaran | |
dc.title | Pembangunan dan penilaian perisian pembelajaran Bahasa Melayu topik kata penguat untuk murid bermasalah pendengaran | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 161 | |
dc.identifier.barcode | 001205 | |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_75268+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.49 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.