Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459699
Title: Gaya pembelajaran pelajar cemerlang dalam kalangan pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia , kampus Bangi
Authors: Mohd Nasaruddin Mohd Nor (P59119 )
Supervisor: Anuar bin Ahmad
Keywords: Gaya pembelajaran
Pelajar cemerlang
Issue Date: 8-Dec-2014
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar cemerlang Universiti Kebangsaan Malaysia , Kampus Bangi. Secara khusus, kajian ini akan mengenalpasti perbezaan gaya pembelajaran mengikut jantina, etnik dan juga fakulti atau bidang. Sampel kajian terdiri daripada 250 orang pelajar prasiswazah (Ijazah Sarjana Muda) yang dikategorikan sebagai pelajar cemerlang, iaitu pelajar-pelajar yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulitif (PNGK) 3.67 dan ke atas pada semester pertama sesi 2012/2013. Bagi mencapai matlamat kajian, dua instrumen yang digunakan adalah adaptasi daripada kajian Hamidah Jaafar Sidek (2002) berpandukan kepada Learning Style Inventory (Dunn, Dunn dan Price 1978) dan Perceptual Learning Style Preference Survey (Reid 1984). Data-data diproses dengan menggunakan perisian komputer Program Statistical Packages for the Social Science (SPSS) Version 19 bagi menganalisis statistik deskriptif dan inferensi yang melibatkan analisis ujian-t, ANOVA sehala dan regresi. Hasil kajian menunjukkan pelajar dipengaruhi oleh kesemua rangsangan pembelajaran, namun faktor persekitaran sangat mempengaruhi pelajar diikuti psikologi, emosi dan fizikal. Bagi kecenderungan gaya pembelajaran pula, pelajar memilih gaya kinestetik sebagai pilihan utama, diikuti gaya auditori, taktil, kumpulan, visual dan individu. Selain itu, kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara rangsangan pembelajaran dan kecenderungan gaya pembelajaran pelajar mengikut jantina dan etnik. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan yang signifikan bagi fakulti atau bidang. Akhir sekali, dapatan kajian tidak menunjukkan perhubungan yang signifikan antara rangsangan pembelajaran dan kecenderungan gaya pembelajaran terhadap pencapaian akademik pelajar cemerlang. Kesimpulannya, walaupun gaya pembelajaran tidak mempengaruhi pencapaian akademik, tetapi dengan mempunyai gaya yang tepat dan betul boleh membantu pelajar belajar dengan berkesan.,Master/Sarjana
Pages: 149
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459699
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_75261+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
806.57 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.