Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459691
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZolkepeli bin Harun
dc.contributor.authorBishanani binti Omar (P53958)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:31:31Z-
dc.date.available2023-09-13T09:31:31Z-
dc.date.issued2013-03-01
dc.identifier.otherukmvital:74755
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459691-
dc.descriptionPenyelidikan tindakan ini adalah bertujuan mengkaji penggunaan modul Matematik dibina berasaskan teori Gagne untuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah Menengah atas bagi tajuk satah 3 matra. Pembolehubah yang dikaji ialah berkaitan kemahiran guru dalam 3 modul dibina melalui 9 fasa dalam teori Gagne iaitu: (1)Modul Penerangan dan Contoh(Fasa Motivasi, Fasa Kefahaman,Fasa Pemerolehan, Fasa Penahanan dan Fasa Penyimpanan), (2)Modul Latihan dan Ujian Topik(Fasa Mengingat Semula dan Fasa Generalisasi) dan (3)Modul Latihan Komprehensif(Fasa Prestasi/Perlakuan dan Fasa Maklumbalas/Tindakbalas). Penyelidik juga mengkaji kesan daripada penggunaan modul ke atas pencapaian Matematik pelajar. Penyelidikan tindakan dilakukan secara kolaboratif antara penyelidik dan seorang guru Matematik bersama dengan 28 orang pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah menengah di Terengganu, Malaysia. Kaedah pengumpulan data menggunakan pendekatan kualitatif (pemerhatian, temubual dan rakaman video),disokong oleh data kuantitatif;(ujian pra dan pos terhadap Matematik, kemahiran belajar Matematik). Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa kemahiran guru menggunakan modul banyak mengalami masalah pada peringkat awal tindakan. Namun kemahiran guru semakin mantap pada peringkat pusingan akhir tindakan. Melalui pemerhatian pada pusingan pertama, didapati kemahiran guru dalam modul penerangan dan contoh lebih baik berbanding dengan modul latihan dan ujian topik serta modul latihan komprehensif. Namun, pada pusingan akhir tindakan banyak masa digunakan semasa modul penerangan dan contoh latihan, serta modul ujian. Manakala, ujian topik dan modul latihan komprehensif tidak digunakan kerana kekangan masa. Kemahiran guru menggunakan modul dapat mewujudkan peningkatan dalam pencapaian Matematik dan kemahiran belajar Matematik para pelajar. Sumbangan kajian ini ialah untuk memudahkan para pelajar menerima dan memahami sesuatu mata pelajaran, membentuk sikap positif terhadap pembelajaran yang mana dapat meningkatkan pencapaian mereka. Seterusnya, antara implikasi penyelidikan tindakan ini ialah guru perlu mengubah paradigma mereka, lebih mengambil berat tentang amalan pengajaran dan pembelajaran, serta membina satu strategi yang memudahkan guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui modul berasaskan teori Gagne.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectMatematik
dc.subjectPengajaran dan pembelajaran
dc.subjectPenyelidikan
dc.subjectTeori Gagne
dc.subjectLearning
dc.subjectPsychology of
dc.titleModul matematik berasaskan teori Gagne untuk pengajaran dan pembelajaran satah 3 matra : penyelidikan tindakan
dc.typetheses
dc.format.pages340
dc.identifier.callnoLB1060.B547 2013
dc.identifier.barcode000329
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74755+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
5.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.