Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459690
Title: Penilaian pelajar terhadap pelaksanaan pengajaran mata pelajaran pengajian Islam di institusi pendidikan tinggi MARA
Authors: Shuhaida binti Ayub (P54136)
Supervisor: Ab. Halim Tamuri, Profesor Madya Dato’ Dr.
Keywords: Pelajar
Pelaksanaan pengajaran
Pengajian Islam
Institusi pendidikan tinggi MARA
Teaching
Issue Date: 4-Apr-2013
Description: Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penilaian pelajar terhadap pelaksanaan pengajaran mata pelajaran Pengajian Islam di Institusi Pendidikan Tinggi MARA. Kajian ini memberikan tumpuan kepada 5 pemboleh ubah iaitu kandungan pengajaran, set induksi, pelaksanaan pengajaran, bahan pengajaran dan penilaian pengajaran. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti penilaian pelajar terhadap kesan pengajaran mata pelajaran Pengajian Islam ke atas pembangunan diri mereka dan melihat tahap perbezaan penilaian pelajar berdasarkan jantina, jenis institusi dan latar belakang sekolah menengah. Selain itu, pengkaji juga melihat hubungan di antara pelaksanaan pengajaran pensyarah dengan kesan pengajaran mata pelajaran ini ke atas pembangunan diri para pelajar. Sampel terdiri daripada 287 orang pelajar dari 3 buah Institusi Pendidikan Tinggi MARA di negeri Selangor yang dipilih secara rawak berlapis. Pengumpulan data telah menggunakan instrumen soal selidik dan disokong dengan data yang diperolehi melalui temubual separa berstruktur. Data telah dianalisis secara deskriptif menggunakan kekerapan, min, peratus dan sisihan piawai. Keputusan analisis deskriptif mendapati min keseluruhan penilaian pelajar terhadap pelaksanaan pengajaran pensyarah adalah berada pada tahap tinggi iaitu min=4.017. Keputusan analisis deskriptif juga menunjukkan bahawa kesan pengajaran mata pelajaran ini ke atas pembangunan diri pelajar juga berada pada tahap tinggi iaitu min=4.22. Tiga ujian inferensi digunakan iaitu ujian-t, ANOVA dan Korelasi Pearson. Keputusan analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jantina ke atas kedua-dua konstruk tersebut. Keputusan analisis ANOVA pula menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan jenis institusi tetapi tidak terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan latar belakang sekolah menengah. Hasil analisis korelasi Pearson menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara pelaksanaan pengajaran pensyarah dengan kesannya ke atas pembangunan diri pelajar dengan nilai pekali korelasi pada tahap sederhana, r=0.566. Secara keseluruhannya, pelaksanaan pengajaran pensyarah Pengajian Islam berdasarkan penilaian pelajar adalah berada pada tahap yang memuaskan dengan perbezaan penilaian pelajar dikenalpasti berdasarkan jantina dan jenis institusi. Implikasi kajian ini ialah setiap pensyarah perlu sentiasa mempertingkatkan kemahiran pengajaran mereka dengan cara yang paling efektif agar ia memberi kesan yang besar ke atas pembangunan diri setiap pelajar.,Master/Sarjana
Pages: 241
Call Number: LB1025.3.S538 2013
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459690
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74748+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.92 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.