Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459684
Title: | Kepimpinan transformasi pengetua dan kepuasan kerja guru sekolah menengah di Kabupaten Pidie, Aceh |
Authors: | Teuku Irwani (P 45691) |
Supervisor: | Jainabee Kassim, Dr. |
Keywords: | Kepimpinan Pengetua Kerja guru Sekolah menengah Kabupaten Pidie Aceh Teachers -- Job satisfaction -- Indonesia |
Issue Date: | 18-Oct-2011 |
Description: | Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap amalan kepimpinan transformasi pengetua dan kepuasan kerja guru sekolah menengah kerajaan swasta dalam bandar dan luar bandar di Kabupaten Pidie, Aceh. Kajian ini berdasarkan teori kepimpinan transformasi oleh Slocum dan Hellriegel. Empat komponen kepimpinan transformasi dikaji iaitu membina rangsangan intelektual, motivasi berinspirasi, memupuk pengaruh yang ideal, pertimbangan berasaskan individu. Sampel kajian adalah seramai 270 orang guru dan 44 orang pengetua di 25 buah sekolah menengah di Pidie, Aceh. Soal selidik Multifactor Leadership Questionnaire (MLQ) yang mengandungi 40 item digunakan bagi melihat amalan kepimpinan transformasi pengetua. Sedangkan soal selidik Minnesota Satisfaction Questionnaire (MSQ) digunakan untuk mengukur kepuasan kerja, perisian Statistik Sains Sosial (SPSS) versi 15 digunakan. Data dianalisis menggunakan statistik deskriptif ( Kekerapan, peratusan, nilai min, sisihan piawai) serta statistik inferensi (ujian-t). Dapatan kajian menunjukkan bahawa amalan kepimpinan transformasi pengetua secara keseluruhan menurut persepsi pengetua adalah pada tahap sangat tinggi (min=4.40), sedangkan menurut persepsi guru secara keseluruhan adalah tinggi (3.73). Kepuasan kerja guru secara keseluruhan berada pada tahap sederhana (min 3.50). Dapatan kajian antara kepimpinan tranformasi dan kepuasan kerja guru juga menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan. Dapatan ujian-t dan analisis ANOVA ke atas kepimpinan transformasi, dari segi Jantina(Lelaki-perempuan), Jenis Sekolah(kerajaan dan swasta) dan Lokasi sekolah(Bandar dan Luar Bandar) juga sama-sama menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan. Begitu juga dengan dapatan kajian terhadap kepuasan kerja guru, dimana ujian-t mahupun analisis ANOVA juga sama-sama tidak wujud perbezaan yang signifikan tahap kepuasan kerja guru, baik dari aspek Jantina, Jenis sekolah mahupun Lokasi sekolah. Implikasinya, kajian mendapati walaupun amalan kepemimpinan transformasi pengetua adalah baik tetapi guru-guru masih kurang berpuas hati dengan perkerjaan dan tugas-tugas yang mereka jalankan di sekolah. Namun begitu, amalan kepimpinan transformasi tetap memiliki hubungan yang signifikan dengan tahap kepuasan kerja guru, meskipun pada aspek jantina, jenis sekolah dan lokasi sekolah tidak wujud perbezaan yang signifikan.,Master/Sarjana |
Pages: | 151 |
Call Number: | LB1033.T448 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Education / Fakulti Pendidikan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74391+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 4.47 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.