Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459682
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorKamisah Osman, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorNurazidawati binti Mohamad Arsad (P47575)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:31:24Z-
dc.date.available2023-09-13T09:31:24Z-
dc.date.issued2011-05-13
dc.identifier.otherukmvital:74387
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459682-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk melihat sejauh manakah kemahiran-kemahiran abad ke-21 disepadukan di dalam mata pelajaran Biologi dan pengaruhnya terhadap sikap serta persepsi dalam kalangan murid. Domain kemahiran abad ke-21 yang dikaji terdiri daripada lima komponen utama iaitu kemahiran literasi era digital, kemahiran pemikiran inventif, kemahiran komunikasi berkesan dan penghasilan produktiviti tinggi serta norma dan nilai kerohanian. Empat komponen pertama adalah adaptasi daripada kemahiran abad ke-21 enGauge manakala komponen norma dan nilai kerohanian disesuaikan dengan acuan pendidikan diMalaysia. Kajian tinjauan ini juga bertujuan untuk melihat hubungan kemahiran-kemahiran abad ke-21 tersebut dengan sikap dan persepsi murid khususnya dalam mata pelajaran Biologi. Seramai 745 murid tingkatan empat yang mengambil mata pelajaran Biologi di daerah di negeri Selangor dipilih sebagai responden kajian. Data yang diperoleh dianalisis menggunakan model Rasch melalui aplikasi WINSTEPS 3.69.1.11 untuk mengukur kebolehpercayaan instrumen. Manakala SPSS 12.0 digunakan untuk pemerihalan deskriptif disusuli dengan analisis inferensi iaitu analisis varians dua hala (Two ways ANOVA) serta korelasi Pearson. Seterusnya, analisis Regresi Berganda dilakukan untuk mengenalpasti komponen kemahiran abad ke-21 yang memberi sumbangan dan pengaruh terbesar terhadap sikap murid. Dapatan yang diperoleh daripada hasil kajian menunjukkan bahawa kemahiran abad ke-21 murid adalah pada tahap sederhana dan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kemahiran tersebut berdasarkan lokasi serta jantina. Namun begitu, secara keseluruhannya terdapat hubungan yang kuat antara sikap murid terhadap biologi dan persepsi murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran biologi dengan kemahiran-kemahiran abad ke-21 (r=0.615, 0.647) dan komponen kemahiran pemikiran inventif merupakan faktor penyumbang terbesar dalam sikap murid terhadap biologi (R2=35.7%) manakala komponen literasi era digital merupakan faktor penyumbang terbesar dalam persepsi murid terhadap proses pengajaran dan pembelajaran biologi (R2=41.6%). Berdasarkan kajian dan dapatan yang diperoleh, pengaplikasian kemahiran dalam pembelajaran sedia ada disamping pembinaan kemahiran baru dapat membantu murid untuk menghadapi kehidupan yang mencabar di luar sekolah dan juga masa akan datang seterusnya dapat mewujudkan daya saing yang positif sesama mereka.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectKemahiran-kemahiran
dc.subjectAbad ke-21
dc.subjectPengajaran dan pembelajaran Biologi
dc.subjectEducational technology -- Malaysia
dc.titlePenyepaduan kemahiran-kemahiran abad ke-21 dalam pengajaran dan pembelajaran Biologi
dc.typetheses
dc.format.pages172
dc.identifier.callnoLB1028.3.N847 2011
dc.identifier.barcode000153
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74387+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
4.7 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.