Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459669
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRohaty Mohd. Majzub, Prof. Puan Sri Dr.
dc.contributor.authorAminah binti Abdul Rashid (P47526)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:31:15Z-
dc.date.available2023-09-13T09:31:15Z-
dc.date.issued2011-07-11
dc.identifier.otherukmvital:74370
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459669-
dc.descriptionMenjelang 10 tahun terakhir dalam merealisasikan Wawasan 2020, negara kita masih dibelenggu masalah murid-murid yang tidak menguasai 3M. Hal ini mempengaruhi penghasilan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi yang diperlukan untuk pembangunan negara. Masalah ini adalah berkait rapat dengan kesediaan kanak-kanak ke sekolah. Kanak-kanak yang mempunyai tahap kesediaan ke sekolah yang tinggi akan melalui transisi yang mudah ke Tahun Satu untuk menyambung pembelajaran pada peringkat yang seterusnya. Kajian ini merupakan kajian tinjauan yang mengkaji sama ada terdapat perbezaan dalam tahap kesediaan kanak-kanak ke sekolah berdasarkan latar belakang mereka. Sampel seramai 377 kanak-kanak yang terdiri daripada kanak-kanak prasekolah kerajaan, tadika agensi kerajaan, dan tadika swasta di sekitar Kuala Lumpur dipilih melalui teknik persampelan rawak berstrata. Ibu bapa responden telah mengisi borang maklumat demografi tentang latar belakang kanak-kanak dan guru-guru tadika telah menilai tahap kesediaan kanak-kanak dalam pelbagai aspek kesediaan ke sekolah menggunakan Skala Kesediaan ke Tahun 1. Statistik deskriptif yang diperoleh menunjukkan kanak-kanak mempunyai skor paling tinggi dalam aspek kesediaan moral dan skor paling rendah dalam aspek kesediaan sosioemosi. Keseluruhannya, kanak-kanak menunjukkan tahap kesediaan yang sederhana tinggi untuk melangkah ke Tahun Satu. Hasil analisis ujian-t menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kesediaan ke sekolah antara kanak-kanak yang mempunyai ibu berpendidikan tinggi dengan kanak-kanak yang mempunyai ibu berpendidikan sederhana, antara kanak-kanak yang mempunyai bapa berpendidikan tinggi dengan kanak-kanak yang mempunyai bapa berpendidikan sederhana, dan antara kanak-kanak yang mempunyai bapa yang melibatkan diri dan tidak melibatkan diri dalam perkembangan kanak-kanak. Hasil analisis ANOVA Satu Hala menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kesediaan kanak-kanak ke sekolah berdasarkan pendapatan ibu bapa, bilangan buku kanak-kanak di rumah, penglibatan bapa kanakkanak dalam perkembangan kanak-kanak, kekerapan bapa kanak-kanak melibatkan diri dalam perkembangan kanak-kanak, dan jumlah masa ibu bapa melibatkan diri dalam perkembangan kanak-kanak. Dapatan kajian ini juga menunjukkan ibu bapa mungkin kurang memberi perhatian dalam perkembangan sosioemosi anak-anak mereka. Kajian ini mencadangkan ibu bapa yang kurang beruntung mendapat sokongan supaya mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran untuk mengamal gaya keibubapaan yang lebih positif, melakukan aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang perkembangan anak-anak, dan berupaya menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih merangsangkan di rumah untuk menyokong perkembangan anak-anak agar jurang dalam kesediaan kanak-kanak ke sekolah dapat dirapatkan.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectSekolah
dc.subjectLatar belakang
dc.subjectKanak-kanak
dc.subjectKuala Lumpur
dc.subjectReadiness for school
dc.titleKesediaan ke sekolah : satu kajian perbandingan berdasarkan latar belakang kanak-kanak di Kuala Lumpur
dc.typetheses
dc.format.pages189
dc.identifier.callnoLB1132.A476 2011
dc.identifier.barcode000174
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74370+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.97 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.