Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459668
Title: Persepsi pelajar tingkatan empat terhadap mata pelajaran Fizik serta hubungannya dengan kemahiran abad ke-21
Authors: Tuan Mastura Tuan Soh (P47594)
Supervisor: Kamisah Osman, Prof Madya Dr.
Keywords: Pelajar tingkatan empat
Mata pelajaran Fizik
Kemahiran
Abad ke-21
Educational technology -- Malaysia
Issue Date: 27-Apr-2011
Description: Perubahan teknologi berlaku hampir setiap hari. Untuk memastikan keupayaan generasi akan datang untuk menghadapi cabaran-cabaran pada abad ke-21, pendidikan memainkan peranan yang amat penting. Justeru, kajian ini bertujuan untuk meninjau sejauh mana penguasaan kemahiran abad ke-21 murid Tingkatan Empat semasa proses pengajaran dan pembelajaran Fizik berdasarkan lokasi sekolah dan jantina murid. Kaedah yang digunakan ialah tinjauan dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen utama. Sampel kajian terdiri daripada 760 orang murid Tingkatan Empat daripada empat belas buah sekolah menengah kebangsaan di negeri Selangor. Kemahiran abad ke-21 yang dikaji mempunyai lima sub-konstruk utama iaitu literasi era digital, pemikiran inventif, komunikasi berkesan, produktiviti yang tinggi serta norma dan nilai kerohanian. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian mendapati bahawa persepsi murid terhadap mata pelajaran Fizik serta tahap kemahiran abad ke-21 murid adalah pada tahap yang tinggi namun persepsi murid terhadap proses P&P Fizik adalah pada tahap sederhana. Analisis inferensi menunjukkan bahawa terdapat perbezaan skor min yang signifikan dari segi penguasaan kemahiran abad ke-21 berdasarkan jantina murid tingkatan empat dari segi literasi era digital dan komunikasi berkesan, manakala dari segi lokasi sekolah (bandar dan luar bandar) terdapat perbezaan skor min yang signifikan dari segi pemikiran inventif serta norma dan nilai kerohanian. Analisis korelasi Pearson menunjukkan hanya terdapat perhubungan yang sederhana dan rendah diantara kemahiran abad ke- 21 dengan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Fizik dan persepsi pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran Fizik. Analisis regresi berganda langkah demi langkah (stepwise) pula menunjukkan literasi era digital serta norma dan nilai kerohanian merupakan dua peramal utama yang menentukan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Fizik. Kajian ini dijangka dapat membantu menambahbaik kurikulum Fizik di Malaysia bagi memastikan sumber tenaga manusia yang dihasilkan dapat memenuhi persekitaran industri abad ke-21.,Master/Sarjana
Pages: 199
Call Number: LB1028.3.T833 2011
Publisher: UKM, Bangi
URI: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459668
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74369+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.39 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.