Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459657
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Isa bin Hamzah, Dr.
dc.contributor.authorWan Mariana binti Wan Mohamad (P56330)
dc.date.accessioned2023-09-13T09:31:07Z-
dc.date.available2023-09-13T09:31:07Z-
dc.date.issued2013-09-26
dc.identifier.otherukmvital:72885
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459657-
dc.descriptionKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penilaian pelajar terhadap penggunaan buku teks Pendidikan Islam Tingkatan Empat dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam. Penilaian pelajar terhadap isi kandungan, aktiviti dan latihan serta persembahan buku teks tersebut turut dikaji. Selain itu, kajian ini turut mengenal pasti adakah terdapat perbezaan min yang signifikan antara konstruk yang dikaji iaitu tahap penggunaan buku teks, penilaian isi kandungan, aktiviti dan latihan serta persembahan buku tersebut dengan faktor demografi responden iaitu jantina, jenis sekolah dan tahap kemahiran tulisan jawi. Seramai 381 orang pelajar tingkatan empat daripada lima buah sekolah yang terdiri daripada sekolah menengah kebangsaan (SMK), sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah menengah teknik (SMT) di negeri Terengganu telah dipilih sebagai sampel kajian. Soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian dan data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan peratusan, min, sisihan piawai, Ujian-t dan ujian ANOVA. Hasil kajian menunjukkan penilaian pelajar terhadap tahap penggunaan dan isi kandungan buku teks tersebut berada pada tahap tinggi dengan nilai purata min keseluruhan adalah 4.04 dan 4.02. Manakala bagi aspek aktiviti dan latihan serta persembahan buku teks berkenaan hanya berada pada tahap sederhana tinggi dengan nilai purata min adalah 3.77 dan 3.67. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan antara faktor jenis sekolah dengan semua konstruk yang dikaji. Walau bagaimanapun, terdapat perbezaan min yang signifikan antara tahap kemahiran tulisan jawi dengan 3 konstruk yang dikaji sahaja iaitu tahap penggunaan, isi kandungan serta aktiviti dan latihan manakala dari segi jantina terdapat perbezaan min yang signifikan bagi satu konstruk kajian sahaja iaitu aspek persembahan. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi penanda aras dalam mempertingkatkan kualiti buku teks Pendidikan Islam sekaligus meningkatkan tahap penggunaannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di sekolah.,Master/Sarjana
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Education / Fakulti Pendidikan
dc.rightsUKM
dc.subjectPelajar
dc.subjectBuku teks
dc.subjectPendidikan Islam
dc.subjectTingkatan empat
dc.subjectIslam -- Study and teaching (Secondary) -- Malaysia -- Textbooks
dc.titlePenilaian pelajar terhadap penggunaan buku teks pendidikan Islam tingkatan empat
dc.typetheses
dc.format.pages183
dc.identifier.callnoBP45.W346 2013
dc.identifier.barcode000836
Appears in Collections:Faculty of Education / Fakulti Pendidikan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_72885+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
1.57 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.