Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459421
Title: Penulisan tafsir al-Quran di Malaysia pada abad 21 Masihi (2001-2015)
Authors: Siti Wahidah Mustapa (P83796)
Supervisor: Muhd Najib Abdul Kadir, Prof. Dr.
Keywords: Qur'an -- Study and teaching -- Malaysia
Qur'an -- Criticism, interpretation, etc.
Qur'an -- Hermeneutics
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Aug-2018
Description: Penulisan dan penghasilan karya tafsir di Malaysia pada awal abad ke-21 terus berkembang dengan kelahiran tokoh dan karya tafsir tempatan dan kontemporari. Antara karya-karya tersebut ialah Tafsir Mubin karya Salahuddin Abdullah dan Omar Khalid, Tafsir Pedoman Muttaqin karya Abdul Hayei Abdul Sukor, tafsir surah al-Naba', al-Takwir, al-Tariq, al-Ghashiyyah, al-Shams dan al-Lail karya Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ajarkan Wanitamu Surah al-Nur karya Nafisah Tahir dan Kamal Ashaari. Penulis berusaha untuk menyenaraikan dan mengkaji kitab-kitab tafsir karya mufasir Malaysia pada awal abad ke-21 supaya kekal dan tidak hilang. Sekiranya usaha ini tidak dilakukan, akan wujud vakum kedua dalam sejarah peradaban tafsir di Malaysia sebagaimana yang pernah berlaku sebelum abad ke-20. Oleh itu, objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti perkembangan penulisan tafsir di Malaysia pada awal abad ke-21 serta menyenaraikan karya-karya tafsir yang dihasilkan, mengkaji biografi tokoh dan karya tafsir lengkap 30 juzuk pada awal abad ke-21 serta metode pentafsiran yang digunakan dan mengkaji biografi tokoh dan karya tafsir tidak lengkap awal abad ke-21 serta metode pentafsiran yang digunakan. Kajian ini merupakan satu kajian kualitatif, yang menggunakan analisis dokumen dalam proses pengumpulan data. Data-data yang dikumpulkan dianalisis secara deskriptif, induktif dan deduktif. Hasil kajian mendapati dari tahun 2001 hingga 2015, terdapat 45 buah kitab tafsir yang dihasilkan oleh tokoh dan ilmuwan Malaysia. Satu daripadanya adalah kitab tafsir lengkap 30 juzuk, tafsir berdasarkan juzuk 4 buah kitab, tafsir berdasarkan surah 23 buah kitab dan tafsir mawdui 17 buah kitab. Dapatan kajian ini seterusnya menunjukkan bahawa kitab tafsir yang banyak dihasilkan adalah tafsir berdasarkan surah dan tafsir mawdui . Metode pentafsiran yang digunakan adalah metode tafsir bi al-ma'thir dan metode tafsir bi al-ra'yi al-mamduh. Pada masa yang sama terdapat sebahagian pentafsir yang menerapkan tafsir ilmi dalam karya tafsir mereka.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
Pages: 158
Call Number: BP130.4.S93 2018 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_111074+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.34 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.