Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459412
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZainab Ismail, Prof. Dr.
dc.contributor.authorIzzaty Ulya Munirah Abd Aziz (P78735)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:56:54Z-
dc.date.available2023-09-13T07:56:54Z-
dc.date.issued2018-03-15
dc.identifier.otherukmvital:108847
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459412-
dc.descriptionSukarelawan Pemandu Pelancong Masjid di Islamic Outreach ABIM Centre (IOA Centre) dikenali sebagai sukarelawan Masjid Tour Guide. Sukarelawan Pemandu Pelancong Masjid yang mempunyai trait personaliti pendakwah mampu mengajak pelancong bukan Islam mengenali Islam dengan lebih mendalam. Trait personaliti tersebut dibentuk oleh IOA Centre dalam diri sukarelawan melalui kursus yang dijalankan. Namun selain kursus, terdapat juga faktor lain yang membentuk trait personaliti pendakwah dalam diri sukarelawan. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji latar belakang program Pemandu Pelancong Masjid di IOA Centre, mengenalpasti trait personaliti pendakwah dalam diri Sukarelawan Pemandu Pelancong Masjid di IOA Centre, dan menganalisis faktor utama yang membentuk trait personaliti pendakwah tersebut dalam diri sukarelawan. Kajian ini merupakan kajian tinjauan. Lokasi kajian ialah Masjid Negara di Kuala Lumpur, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya. Seramai 34 orang sukarelawan dipilih sebagai responden kajian. Data dikumpul melalui soal selidik, temubual dan analisis dokumen. Semua data soal selidik dianalisis menggunakan teknik statistik deskriptif, manakala data daripada temubual dan analisis dokumen dianalisis menggunakan pendekatan analisis deskriptif. Hasil kajian mendapati program Pemandu Pelancong Masjid telah bermula sejak 2002 dan sukarelawan perlu melalui beberapa peringkat dan latihan sepanjang penglibatan mereka sebagai sukarelawan di IOA Centre. Lebih 60 peratus Sukarelawan Pemandu Pelancong Masjid yang mendapat latihan di IOA Centre mempunyai lima trait personaliti pendakwah iaitu berakhlak mulia, berpenampilan menarik, berkepimpinan, berilmu pengetahuan dan berkemahiran tinggi. Faktor utama yang membentuk trait personaliti tersebut ialah kefahaman yang mendalam tentang kepentingan menjalankan dakwah. Proses pembentukan trait personaliti tersebut memberi implikasi khususnya dalam diri masyarakat Muslim dengan cara menambahbaikkan kefahaman dalam kalangan mereka untuk melaksanakan dakwah.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectDa'wah (Islam) -- Psychological aspects
dc.subjectVolunteers
dc.subjectIslamic Outreach ABIM Centre
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePembentukan trait personaliti pendakwah dalam kalangan Sukarelawan Pemandu Pelancong Masjid di Islamic Outreach ABIM Centre
dc.typetheses
dc.format.pages206
dc.identifier.callnoBF636.67.I99 2018 tesis
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108847+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.73 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.