Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459406
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHamdi Ishak, Dr.-
dc.contributor.authorSyeidah Nusailah Mohd Haer (P77196)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:56:37Z-
dc.date.available2023-09-13T07:56:37Z-
dc.date.issued2018-09-28-
dc.identifier.otherukmvital:108841-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459406-
dc.descriptionGuru al-Quran mempunyai peranan yang sangat besar dalam pengajaran tilawah al-Quran. Lebih-lebih lagi melibatkan pelajar yang mempunyai masalah pendengaran. Selain pemilihan kaedah pengajaran yang terbaik dan bersesuaian, penggunaan kaedah komunikasi juga memainkan peranan yang sangat penting dan semestinya cabaran yang dihadapi oleh mereka juga sangat besar. Ini kerana terdapat banyak halangan yang dihadapi oleh pelajar kurang upaya pendengaran dalam memperoleh sesuatu pelajaran terutama sekali pelajaran tilawah al-Quran. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengkaji kaedah pengajaran al-Quran dan kaedah komunikasi yang digunakan oleh guru al-Quran kepada pelajar kurang upaya pendengaran di Sekolah Khas Pertuturan Kiu, Kuala Lumpur. Di samping itu, kajian ini juga bermatlamat untuk mengenal pasti isu dan cabaran yang dihadapi oleh para guru dalam mengajarkan al-Quran kepada golongan ini. Bagi memenuhi objektif kajian ini, pengkaji memilih pendekatan kualitatif menggunakan reka bentuk kajian kes iaitu kes pada suatu tempat atau single case single site. Data diperoleh dan dikumpul melalui tiga kaedah pengumpulan data iaitu temubual separa struktur, pemerhatian dalam bilik darjah dan analisis kandungan. Seterusnya data-data tersebut diurus dan dianalisis menggunakan perisian NVIVO 11 bagi mendapatkan tema tekal dan konsisten untuk menjawab persoalan kajian. Dapatan kajian mendapati terdapat 9 kaedah pengajaran tilawah al-Quran yang digunakan oleh guru iaitu talaqqiy mushafahah, tasmi, hafazan, penulisan, soal jawab, rumi, kuiz dan penerangan. Dari aspek komunikasi pula, Kaedah Pertuturan Kiu merupakan medium komunikasi utama yang digunakan oleh para guru selain dibantu dengan kaedah tulisan dan penggunaan anggota badan. Isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru tilawah al-Quran di sekolah ini adalah seperti, pelajar kurang motivasi diri, mudah lupa, masalah alat bantu pendengaran, pelajar mempunyai kecatatan pelbagai, kedatangan dan tidak membaca al-Quran di rumah. Selain itu, guru juga tidak mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada ibu bapa seperti tidak mempelajari teknik kiu al-Quran dan tidak cakna alat pendengaran murid. Kajian ini memberi implikasi kepada guru pendidikan khas menjadikan pertuturan kiu sebagai kaedah alternatif dalam pengajaran al-Quran kepada pelajar kurang upaya pendengaran yang mempunyai sisa pendengaran. Kajian ini juga memberi implikasi kepada ibu bapa untuk memastikan alat pendengaran anak mereka sesuai dan berfungsi dengan baik. Selain itu, kajian dapat menjadi pengkalan data bagi pengkaji akan datang.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectQur'an -- Study and teaching -- Kuala Lumpur-
dc.subjectQur'an -- Study and teaching -- Malaysia-
dc.subjectDeaf-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKaedah pengajaran al-Quran kepada orang kurang upaya (OKU) pendengaran di Sekolah Khas Pertuturan Kiu, Kuala Lumpur-
dc.typetheses-
dc.format.pages135-
dc.identifier.callnoBP130.8.S97 2018 tesis-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_108841+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.73 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.