Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459375
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNajah Nadiah Amran, Dr.
dc.contributor.authorSiti Nor Athiyyah Mat Jusoh (P78767)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:55:05Z-
dc.date.available2023-09-13T07:55:05Z-
dc.date.issued2018-05-30
dc.identifier.otherukmvital:105387
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459375-
dc.descriptionBudaya Pop Korea atau dikenali sebagai K-Pop adalah sejenis muzik popular berasal dari Korea Selatan yang diminati oleh golongan muda termasuk remaja Muslim. Kajian lepas mendapati budaya K-Pop berpengaruh sehingga menyebabkan para peminat obses terhadap penyanyi secara berlebihan dan melampaui batas. Antaranya, Media Massa di Malaysia secara khususnya melaporkan gambar dan video aksi gadis Melayu bertudung dipeluk oleh artis lelaki K-Pop. Objektif kajian ini adalah untuk meninjau perspektif pelajar Muslim terhadap K-Pop dengan menganalisis faktor-faktor yang mempengaruhi minat terhadap K-Pop dan kesan K-Pop terhadap gaya hidup mereka. Kajian ini adalah kajian kualitatif deskriptif. Ia menggunakan kaedah temu bual separa berstruktur. Responden terdiri daripada pelajar aliran sains dari Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu yang dipilih menggunakan teknik snowball. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif dan komparatif dengan kajian lepas berdasarkan transkrip perbualan yang disalin secara verbatim mengikut pengkategorian tema-tema. Hasil kajian mendapati terdapat dua faktor utama yang menyumbang kepada penularan K-Pop dalam kalangan responden iaitu faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman adalah diri, keluarga, rakan sebaya, manakala faktor luaran adalah media, lagu, rupa paras dan tarian. Kajian ini mendapati faktor luaran lebih dominan. Kesemua responden bersetuju bahawa K-Pop ada kesan positif ke atas prestasi akademik dan gaya hidup mereka. Mereka beranggapan minat terhadap K-Pop masih dalam keadaan terkawal disebabkan ada pemantauan daripada ibu bapa dan subjek-subjek agama yang diajar di sekolah. Pelajar dalam kajian ini juga menyedari kesan negatif K-Pop seperti penularan budaya asing, hedonisme dan unsur-unsur berkaitan sensitiviti agama. Kajian ini diharap dapat memberi pendedahan kepada masyarakat terutamanya ibubapa supaya cakna dan mengawal setiap aktiviti anak-anak mereka yang meminati K-Pop. Di samping itu, pihak sekolah disarankan memperbanyakkan program kerohanian, keilmuan dan hiburan Islam yang sesuai dengan jati diri seorang Muslim dan identiti kebangsaan.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectEntertaining -- Religious aspects -- Islam
dc.subjectPopular music -- Social aspects -- Korea (South)
dc.subjectMusic and globalization -- Korea (South)
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleK-pop dari perspektif pelajar Maahad Muhammadi Perempuan Kota Bharu
dc.typetheses
dc.format.pages116
dc.identifier.callnoML460.S63 2018 tesis
dc.identifier.barcode003732(2019)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105387+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
4.14 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.