Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459366
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZulkefli Aini, Dr.-
dc.contributor.authorFaiz Abdul Rahim (P78695)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:54:38Z-
dc.date.available2023-09-13T07:54:38Z-
dc.date.issued2018-01-20-
dc.identifier.otherukmvital:105315-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459366-
dc.descriptionDakwah diertikan menyampaikan kepada manusia iaitu keseluruhan manusia ke arah kebaikan, mengajak kepada ma'aruf serta mencegah kemungkaran. Tugas dakwah kepada masyarakat Orang Asli ditumpukan oleh pendakwah yang ditugaskan khas seperti Penggerak Masyarakat Orang Asli (PMOA) dan Panel Dakwah Muallaf. Antara masalah utama yang dihadapi dalam pendakwahan kepada masyarakat Orang Asli di Malaysia semenjak dahulu hingga kini ialah kekurangan pendakwah yang mampu dan berkebolehan dari sudut penyampaian ajaran Islam yang lebih berkesan. Ini menimbulkan persoalan dari satu sudut bagaimanakah tugas seorang pendakwah yang terlibat dengan dakwah masyarakat Orang Asli menyampaikan dakwahnya. Oleh itu, kajian ini bertujuan mengenal pasti penerimaan Orang Asli terhadap pendakwah yang datang berdakwah kepada mereka, menganalisis domain pendakwah iaitu ilmu, akhlak, dan kemahiran sebagai faktor pembinaan pendakwah Orang Asli dan membina garis panduan dalam pemilihan pendakwah Orang Asli. Kajian kualitatif ini menggunakan reka bentuk kajian kes. Lapan belas orang terdiri daripada pendakwah masyarakat serta warga Orang Asli dipilih untuk ditemubual. Data disusun dan dikodkan mengikut tema dan kategori hasil dari transkripsi, kemudian, data dianalisis secara deskriptif. Kajian mendapati penerimaan Orang Asli terhadap pendakwah yang datang berdakwah kepada masyrakat Orang Asli ini adalah pendakwah yang berilmu, berkahlak serta berkemahiran. Kemudian, bentuk-bentuk ilmu yang perlu ada bagi seorang pendakwah Orang Asli ini adalah ilmu Fardhu 'Ain, Ilmu Fardhu Kifayah dan Ilmu Sosiobudaya Orang Asli. Begitu juga bentuk Akhlak yang perlu ada bagi seorang pendakwah masyarakat Orang Asli ini adalah akhlak dalam konteks perseorangan, kekeluargaan, kemasyarakatan, kenegeraan serta agama. Bagi domain kemahiran pula, kemahiran berkomunikasi adalah kemahiran yang perlu ada bagi seorang pendakwah masyarakat Orang Asli. Ciri-ciri bagi kemahiran komunikasi tersebut adalah kebolehan menyampaikan idea dengan terang, berkesan dan dengan penuh keyakinan, secara lisan dan bertulis, pendakwah mempunyai kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberikan maklum balas serta pendakwah mempunyai kebolehan untuk membuat pembentangan yang terang bersesuaian dengan tahap pendengar. Oleh yang demikian, manual pemilihan pendakwah masyarakat Orang Asli dibina sebagai usaha pemilihan pendakwah yang lebih baik. Kajian ini memberi implikasi kepada agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Negeri-Negeri dan badan bukan kerajaan bagi membangunkan usaha dakwah kepada masyarakat Orang Asli sekaligus meningkatkan kualiti dalam penyampaian agama Islam dengan lebih baik.,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectDa'wah (Islam)-
dc.subjectIndigenous peoples -- Malaysia -- Social life and customs-
dc.subjectMuslim converts -- Malaysia-
dc.subjectMuslim converts -- Conduct of life-
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleDomain pendakwah masyarakat Orang Asli-
dc.typetheses-
dc.format.pages128-
dc.identifier.callnoBP170.85.F33 2018 tesis-
dc.identifier.barcode003723(2019)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_105315+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.8 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.