Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459352
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShofian Ahmad, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorMariyah Mohamad (P68680)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:53:53Z-
dc.date.available2023-09-13T07:53:53Z-
dc.date.issued2016-12-25
dc.identifier.otherukmvital:102378
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459352-
dc.descriptionPada masa kini terdapat pelbagai usaha pembangunan golongan mualaf oleh beberapa institusi berkaitan di negeri Kedah dari aspek pembangunan spiritual dan material bagi memantapkan keimanan yang masih muda, di samping memberi sokongan hidup kepada mereka yang terdedah kepada pelbagai cabaran ekoran pengislaman mereka. Namun begitu, isu pembangunan mualaf yang kurang memuaskan masih lagi berlaku. Wujudnya masalah mualaf tidak bekerjaya walaupun mempunyai taraf akademik yang baik, dipinggirkan dan dihindari oleh masyarakat dan keluarga dan masalah kebajikan menjadikannya sebagai salah satu faktor yang menimbulkan masalah dalam pembangunan mualaf. Kajian ini bertujuan menjelaskan konsep pembangunan mualaf dalam Islam, mengkaji dan menganalisis bentuk-bentuk pembangunan mualaf di negeri Kedah yang dilaksanakan oleh tiga institusi utama iaitu Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Pusat Bimbingan Islam Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (PUSBA) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM). Kajian ini berbentuk kajian kualitatif. Data-data dikumpul menerusi dokumen dan temu bual separa struktur bersama dengan informan daripada institusi-institusi tersebut di negeri Kedah. Seterusnya data tersebut dianalisis secara deskriptif. Kajian mendapati usaha pembangunan terhadap mualaf di negeri Kedah telah menerapkan eleman spiritual dan material sebagaimana dalam pelaksanaan pembangunan mualaf pada zaman Rasulullah SAW. Institusi pembangunan mualaf di negeri Kedah menekankan pembangunan muallaf dari sudut spiritual dengan menyediakan Modul Pendidikan Islam dan Program Sokongan Spiritual. Seterusnya, institusi tersebut turut berperanan dari aspek material dengan menyediakan dana keperluan dan sokongan material serta pembangunan dan penyediaan dana infrastruktur. LZNK dilihat memfokuskan pembangunan material manakala PUSBA dan PERKIM memfokuskan kedua-dua elemen pembangunan tersebut. Sungguhpun begitu, LZNK turut menyumbang dalam pendidikan mualaf dengan menyalurkan dana untuk pembangunan PUSBA. Kedua dua bentuk pembangunan tersebut penting bagi membangunkan mualaf dalam tempoh mereka bergelar sebagai mualaf. Kajian ini mencadangkan beberapa penambahbaikan dalam usaha pembangunan mualaf di negeri Kedah selari dengan keperluan semasa seperti menyemak semula status mualaf dan mewajibkan kepada mualaf untuk menghadiri program bimbingan Islam.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectMuslim converts -- Kedah
dc.titlePelaksanaan pembangunan mualaf di negeri Kedah
dc.typetheses
dc.format.pages144
dc.identifier.callnoBP170.5.M33 2017 tesis
dc.identifier.barcode003566(2018)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_102378+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.33 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.