Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459347
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Zamro Muda, Dr.
dc.contributor.authorKhairul Aizat Hamid (P67105)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:53:38Z-
dc.date.available2023-09-13T07:53:38Z-
dc.date.issued2017-02
dc.identifier.otherukmvital:102373
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459347-
dc.descriptionPenubuhan Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) pada tahun 2011 bertujuan menyelaras, mengurus isu tadbir dan urus wakaf, memudah cara dan melengkapkan usaha-usaha pembangunan harta wakaf di Selangor yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam Negeri Selangor (MAIS). Impak daripada penubuhannya telah membantu perkembangan pungutan dan potensi agihannya kembali kepada pembangunan ummah. Statistik merekodkan nilai dana wakaf terkumpul dari tahun 2011 sehingga Jun 2013 sejumlah RM 82 juta. Namun, permasalahannya ialah kekeliruan masyarakat yang beranggapan manfaat wakaf digunakan semula untuk kepentingan syarikat dan bukan diagihkan dengan perkadaran yang adil. Permasalahan lain yang ketara faktor kekurangan data atau pun data di peroleh tidak lengkap dan dikemas kini. Oleh itu objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti peranan Perbadanan Wakaf Selangor dalam pengagihan manfaat harta wakaf di negeri Selangor. Selain itu, kajian menumpukan permasalahan yang dihadapi oleh PWS dalam pengagihan manfaat harta wakaf serta cara mengatasinya . Kajian ini merupakan kajian analisis kandungan yang menggunakan pendekatan kaedah analisis dokumen dalam proses pengumpulan data. Data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui pendekatan deskriptif dan induktif. Hasil kajian mendapati PWS mengagihkan mengikut ketetapan 70:30 iaitu 70 peratus dana wakaf akan dilaburkan semula untuk menambah dana wakaf manakala 30 peratus lagi diagihkan untuk tujuan fisabilillah dengan dasar agihan kepada penerima manfaat pula dilakukan pada setiap 3 bulan. Penerima sumbangan manfaat digunakan untuk pembinaan masjid, sekolah, klinik kesihatan dan institusi lain. Hasil kajian ini memberi implikasi penting ke atas PWS untuk terus melakukan usaha penambahbaikan ke atas pengurusan institusi mereka dalam memaksimumkan lagi hasil perolehan dan mempercepatkan proses agihan dilaksanakan. Usaha ini memerlukan kerjasama semua pihak termasuklah kerajaan pusat dalam pengukuhan wakaf sebagai salah instrumen yang inovatif dalam mencapai kemajuan ekonomi umat Islam.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectWakaf
dc.subjectWaqf -- Malaysia
dc.titleAgihan manfaat harta wakaf oleh Perbadanan Wakaf Selangor
dc.typetheses
dc.format.pages113
dc.identifier.callnoBP170.25.K48 2017 tesis
dc.identifier.barcode003560(2018)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_102373+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.45 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.