Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459345
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMazlan Ibrahim, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorSaeidah Syamielah Abd Rahman (P73470)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:53:33Z-
dc.date.available2023-09-13T07:53:33Z-
dc.date.issued2017-07-04
dc.identifier.otherukmvital:102370
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459345-
dc.descriptionPelbagai pendekatan pemulihan telah digunakan dalam membendung dan menangani tingkah laku remaja bermasalah. Namun, bilangan kes masalah sosial ini tetap meningkat. Keadaan ini telah menyebabkan fenomena gejala sosial semakin parah. Keadaan ini telah menarik minat pengkaji untuk melihat sejauh mana peranan yang dimainkan oleh pusat pemulihan dalam menangani masalah ini. Tambahan pula, terdapat pusat pemulihan yang dikatakan mampu menangani masalah ini dengan lebih baik di mana pelatih-pelatih yang memasuki pusat pemulihan ini telah menunjukkan perubahan yang positif. Bahkan, ianya telah menarik minat pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (MAIDAM) Terengganu untuk menghantar pelatih mereka ke pusat pemulihan tersebut. Pusat Pemulihan yang dimaksudkan ialah Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan (PPWBE) terletak di Sabak Bernam, Selangor. Gaya asuhan dan pemulihan yang diguna pakai oleh pusat ini telah menimbulkan tanda tanya kepada pengkaji untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi pendekatan yang digunapakai dalam menangani tingkah laku remaja bermasalah ini. Justeru itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti bentuk tingkah laku remaja bermasalah, mengkaji pendekatan dan pelaksanaan yang digunapakai serta menganalisis implikasi pendekatan dan pelaksanaan tersebut dalam menangani tingkah laku remaja bermasalah. Metode kajian ialah kajian kualitatif, berbentuk kajian kes dengan menggunakan instrumen temu bual. Data yang diperoleh telah dianalisis menggunakan perisisan NVIVO 11.0 secara deskriptif. Hasil dapatan kajian mendapati pendekatan gaya asuhan autoritatif telah digunakan. Kaedah pelaksanaannya melibatkan pembelajaran menggunakan Modul TE 1957 dan penerapan hukuman atau dendaan berbentuk terapi liang lahad, terapi kawad kaki, terapi zikir serta bilik kurungan atau asingan. Ia bertujuan untuk mendidik bukannya menghukum. Implikasi daripada pendekatan yang digunakan telah memberi perubahan yang positif terhadap tingkah laku dan emosi remaja bermasalah ini. Oleh itu, pendekatan yang digunakan oleh pusat ini mampu memberikan contoh yang baik bagi memulihkan remaja bermasalah ini dari sudut emosi, rohani dan jasmani mereka. Kesannya, lahirlah pelatih yang memiliki akhlak mulia sebagaimana yang dikehendaki oleh agama.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectRemaja bermasalah
dc.subjectPemulihan
dc.subjectFemale juvenile delinquents -- Rehabilitation -- Malaysia
dc.titlePendekatan pusat perlindungan wanita Baitul Ehsan, Sabak Bernam, Selangor dalam menangani tingkah laku remaja bermasalah
dc.typetheses
dc.format.pages185
dc.identifier.callnoHV6046.S236 2017 tesis
dc.identifier.barcode003557(2018)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_102370+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.09 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.