Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459344
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAhmad Yunus Mohd Noor, Dr.-
dc.contributor.authorNurul Ayu Bakar (P62528)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:53:30Z-
dc.date.available2023-09-13T07:53:30Z-
dc.date.issued2016-12-23-
dc.identifier.otherukmvital:102369-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459344-
dc.descriptionGlobal Ikhwan Sdn. Bhd. merupakan rentetan penubuhan Darul Arqam yang telah difatwakan haram pada tahun 1994 dan Syarikat Rufaqa' Corporation Sdn. Bhd. yang telah difatwakan haram pada 2006. Pengharaman yang dibuat ini demi memelihara kesempurnaan dan kesucian Islam kerana ajaran ini didapati menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar. Kewujudan Global Ikhwan Sdn. Bhd. dilihat masih aktif di celah-celah masyarakat khususnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang. Bagi mengelakkan penubuhan ini menular dalam masyarakat, maka persepsi masyarakat perlu dikaji bagi memudahkan pihak berwajib mengambil langkah-langkah tertentu. Justeru, objektif kajian ini adalah untuk menganalisa perkembangan Global Ikhwan Sdn. Bhd. di Malaysia, mengenalpasti tahap kefahaman masyarakat terhadap Global Ikhwan Sdn. Bhd. serta mengenalpasti persepsi masyarakat terhadap Global Ikhwan Sdn. Bhd. Metod utama dalam kajian ini adalah menggunakan reka bentuk kuantitatif jenis kajian tinjauan dan soal selidik sebagai alat untuk mengumpul data di samping analisis kandungan. Seterusnya, data dikumpul dan dianalisis secara deskriptif. Seramai 300 responden dari kalangan masyarakat Tasek Gelugor telah dipilih dalam soal selidik. Hasil dapatan menunjukkan perkembangan Global Ikhwan Sdn. Bhd. yang bermula daripada penubuhan al-Arqam masih wujud di Malaysia. Dapatan juga menunjukkan keseluruhan tahap kefahaman masyarakat terhadap Global Ikhwan Sdn. Bhd. adalah tinggi (M=3.49). Walaubagaimanapun tahap kefahaman masyarakat adalah berbeza mengikut klasifikasi yang diberikan. Tahap kefahaman masyarakat Tasek Gelugor terhadap perniagaan Global Ikhwan Sdn. Bhd. adalah tinggi (M=3.69), manakala tahap kefahaman terhadap jaringan Global Ikhwan Sdn. Bhd. adalah sederhana (M=3.31) dan tahap kefahaman terhadap ajaran Global Ikhwan Sdn. Bhd adalah juga di tahap sederhana (M=3.38). Dapatan kajian persepsi masyarakat Tasek Gelugor terhadap Global Ikhwan Sdn. Bhd. juga adalah berada pada tahap sederhana (M=3.34). Kajian ini dilihat penting dalam membendung ajaran sesat dari terus menular dalam masyarakat kita pada hari ini dan dapat memberi implikasi kepada Jabatan Agama Islam Negeri. Oleh itu, usaha dalam mencari inisiatif dan solusi yang tepat serta berkesan dalam membendung fahaman ini perlu diteruskan dari terus merebak dalam kalangan masyarakat.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectDarul Arqam (Organisation) -- History-
dc.titlePersepsi masyarakat Tasek Gelugor terhadap Global Ikhwan Sdn. Bhd.-
dc.typetheses-
dc.format.pages112-
dc.identifier.callnoBP10.D37N845 2016 tesis-
dc.identifier.barcode003556(2018)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_102369+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.