Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459333
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHamdi Ishak, Dr.
dc.contributor.authorMasyitah Aqilah Zainudin (P78768)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:52:57Z-
dc.date.available2023-09-13T07:52:57Z-
dc.date.issued2018-07-25
dc.identifier.otherukmvital:102154
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459333-
dc.descriptionMasalah sosial, peningkatan kes rogol dan zina membimbangkan masyarakat kita lalu timbul pelbagai cadangan penyelesaian bagi menangani masalah ini. Beberapa ahli akademik tampil mencadangkan agar pendidikan seks atau pendidikan seksual diperkenalkan. Namun, terdapat isu berbangkit timbul berkaitan pendidikan seksual akibat ianya masih dianggap asing dalam kalangan masyarakat. Isu tersebut termasuklah isi kandungan sukatan pendidikan seksual, bentuk penyampaian, kesesuaian dan sebagainya. Oleh itu, kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengkaji konsep pendidikan seksual daripada perspektif pendidikan, psikologi dan kesihatan, mengenal pasti tema utama surah al-Nur serta membentuk kaedah pendidikan seksual terbaik kepada anak-anak melalui pendekatan surah al-Nur. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan analisis kandungan. Data dikumpul dengan menggunakan kaedah analisis dokumen menggunakan pendekatan tematik. Hasil kajian ini menunjukkan pendekatan pendidikan seksual yang dibawa oleh surah al-Nur adalah usaha-usaha pencegahan daripada berlakunya penyimpangan seksual. Pendekatan tersebut termasuklah suruhan meminta izin ketika bertandang ke rumah orang, meminta izin ketika masuk ke bilik ibu bapa, memisahkan tempat tidur, menundukkan pandangan, memelihara kemaluan, tidak menampakkan perhiasan dengan menutup aurat, kewajiban membantu orang berkahwin, serta memelihara maruah diri jika tidak mampu berkahwin. Hasil kajian ini seterusnya menunjukkan bahawa kesemua pendekatan ini mestilah disampaikan mengikut kesesuaian umur dan tahap penerimaan anak-anak berikutan perkembangan fizikal, emosi, kognitif, moral dan sosial mereka berubah mengikut tahap umur mereka. Kajian ini menyumbang kepada perkembangan disiplin ilmu dengan menggabungkan keagungan ayat-ayat al-Quran dan teori psikologi. Kajian ini dapat memberi implikasi positif dengan menjadikan pendidikan seksual lebih komprehensif dan sesuai untuk masyarakat serta mengurangkan kadar jenayah seksual. Kajian ini akhirnya mencadangkan supaya kajian bagi membangunkan satu modul sukatan mata pelajaran pendidikan seksual berdasarkan pendekatan al-Quran dilakukan bagi memperkukuhkan lagi dapatan kajian ini.,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectPendidikan seks
dc.subjectSurah al-Nur
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.titlePendekatan pendidikan seksual kepada anak-anak dalam surah al-Nur
dc.typetheses
dc.format.pages138
dc.identifier.barcode003538(2018)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_102154+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.23 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.