Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459325
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Kaseh Abu Bakar, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Muhammad Faiz Abdullah (P72380) | |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:52:35Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:52:35Z | - |
dc.date.issued | 2017-08-30 | |
dc.identifier.other | ukmvital:101534 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459325 | - |
dc.description | Tekanan (al-nabr) merupakan antara fonem suprasegmental yang terdapat dalam fonologi Arab. Penguasaan bahasa Arab turut merangkumi aspek tekanan (al-nabr) yang perlu dikuasai oleh penuturnya. Namun masih terlalu sedikit kajian berkaitannya dijalankan ke atas kumpulan bukan penutur asli Arab. Dapatan daripada kajian yang telah dijalankan juga menunjukkan penguasaannya dalam kalangan penutur asli Melayu masih di tahap yang sederhana. Justeru kajian ini bertujuan menganalisis kehadiran tekanan perkataan dalam kalangan lapan orang bukan penutur asli bahasa Arab yang merupakan penuntut dari dua buah UA di Semenanjung Malaysia, pada perkataan tiga suku kata yang berakhir dengan suku kata pendek (KV), suku kata sederhana (KVK) dan suku kata panjang (KVVK dan KVKK). Seterusnya hasil analisis tekanan utama yang diperoleh, dibandingkan dengan aturan yang dikemukakan oleh sarjana linguistik Arab. Lapan pola perkataan telah dipilih, iaitu masing-masing tiga bagi kategori perkataan yang berakhir dengan suku kata pendek (KV) dan suku kata sederhana (KVK), manakala dua lagi bagi suku kata panjang (KVVK dan KVKK). Setiap pola perkataan terdiri daripada lima perkataan menjadikan keseluruhan sebanyak 40 perkataan diuji. Perkataan-perkataan tersebut disusun secara rawak dalam tiga set instrumen yang berbeza menjadikan keseluruhan sebanyak 120 audio diperoleh dari setiap peserta kajian. Rakaman audio ini dianalisis menggunakan perisian Praat, bagi memperolehi bacaan nilai intensiti(dB) seterusnya mengenal pasti tekanan. Data kekerapan tekanan sesuatu suku kata untuk setiap pola perkataan yang dikaji dilaporkan dalam bentuk peratusan. Hasil kajian mendapati peserta kajian cenderung memperlihatkan tekanan utama pada suku kata pertama pada pola perkataan KVKVKV, KVVKVKV, KVKVVKV, KVKKVVKVK dan KVKKVKVK, dan pada suku kata kedua pada pola perkataan KVKVVKVK dan KVKKVKVKK. Manakala kecenderungan kedudukan tekanan utama bagi pola perkataan KVKKVKVVK sukar untuk dikenal pasti. Berdasarkan analisis tekanan utama yang diperoleh, peserta kajian didapati dapat menguasai aturan tekanan utama yang dikemukakan oleh sarjana linguistik Arab dengan mudah pada pola perkataan KVKVKV dan KVVKVKV, pada tahap sederhana pada pola perkataan perkataan KVKVVKVK dan KVKKVKVK dan sukar untuk menguasai tekanan utama pada baki lagi empat pola perkataan. Oleh itu, pembelajaran bahasa Arab dalam kalangan penutur bukan asli perlu menitik beratkan aspek tekanan, agar mereka dapat menguasai sistem bunyi Arab dengan baik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Arabic language -- Accents and accentuation | |
dc.title | Analisis tekanan perkataan dalam kalangan bukan penutur asli bahasa Arab | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 247 | |
dc.identifier.callno | PJ6121.5.M844 2017 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003510(2018) | |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_101534+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.02 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.