Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459318
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Md. Nor Abdullah, Dr. | - |
dc.contributor.author | Muhammad Sahlan Thohir (P68792) | - |
dc.date.accessioned | 2023-09-13T07:52:16Z | - |
dc.date.available | 2023-09-13T07:52:16Z | - |
dc.date.issued | 2017-06-17 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:101526 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459318 | - |
dc.description | Para sarjana Balaghah silam seperti al-'Askari, al-Sakkaki, al-Khatib, Ibn al-Athir dan sarjana lain berbeza pendapat dalam hal jinas ishtiqaq. Ada yang menganggap ia adalah perbincangan bidang sarf, ada pula yang menganggapnya berkaitan dengan jinas sebagai penghias kata, kerana tiada perbezaan makna dan ada pula yang menganggapnya sebagai tajnis kerana ada perbezaan makna. Aspek perbezaan inilah yang akan dirungkaikan oleh kajian ini melalui teks-teks al-Qur'an secara deskriptif dan analisis dalam juzuk 'Tabaraka'. Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti jinas ishtiqaq menurut sarjana Balaghah, menentu dan menganalisis ayat-ayat yang terdapat padanya jinas ishtiqaq dalam juzuk Tabaraka, meneliti bentuk-bentuknya (yang serupa dan berbeza) pada juzuk tersebut di samping menjelaskan pengertiannya dari sudut balaghah dan bahasa. Kajian ini menggunakan dua metode; iaitu metode induktif, untuk mendapatkan maklumat daripada sumbernya, dan metode analisis deskriptif, untuk menganalisis ayat-ayat al-Qur'an dan menghuraikannya secara retorik, bahasa dan semantik. Antara dapatan kajian ini ialah, jinas ishtiqaq yang serupa muncul lebih banyak daripada jinas ishtiqaq yang berbeza. Bilangan ayat yang terdapat padanya jinas ishtiqaq yang serupa ialah lima puluh enam ayat dalam sebelas surah, sementara bilangan ayat yang terdapat padanya jinas ishtiqaq yang berbeza pula ialah empat puluh enam ayat juga dalam sebelas surah. jinas ishtiqaq serupa yang berlaku antara dua kata nama atau dua kata kerja adalah lebih banyak daripada yang berlaku antara kata nama dan kata kerja atau antara kata kerja dan kata nama. Kajian mengenai jinas ishtiqaq serupa boleh memantapkan dan menegaskan makna, manakala jinas ishtiqaq berbeza yang memberi penegasan kepada kata kerja melalui masdar, dan menjadi maf‘ul mutlaq dari sudut i‘rab pula memberikan lebih penjelasan, makna yang hiperbola, dan meraikan rima akhir ayat. Jinas jenis ini juga mewujudkan ikatan makna yang kuat antara kata, keserasian konteks dan situasi, kesinambungan phonetik yang mampu menawan pembaca dan pendengar al-Qur'an al-Karim. Kajian ini berguna kepada penuntut ilmu untuk memahami ayat-ayat yang ada jinas ishtiqaq yang serupa mahupun yang berbeza dan menyisihkan keraguan mengenai adanya unsur pengulangan dalam al-Qur'an al-Karim.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam | - |
dc.language.iso | ara | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Qur'an -- Language | - |
dc.subject | style -- Rhetoric | - |
dc.title | Jinas ishtiqaq dalam al-Qur'an al-Karim: kajian retorik dan semantik melalui juzuk 'Tabaraka' | - |
dc.type | theses | - |
dc.format.pages | 142 | - |
dc.identifier.callno | PJ6696.Z5R4565 2017 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003501(2018) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_101526+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.94 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.