Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459317
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZuliza Mohd Kusrin, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorMuhammad Hazuman Zulkifli (P77125)
dc.date.accessioned2023-09-13T07:52:13Z-
dc.date.available2023-09-13T07:52:13Z-
dc.date.issued2017-06-13
dc.identifier.otherukmvital:101524
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459317-
dc.descriptionConvention on the Elimination of All Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) merupakan suatu Konvensyen antarabangsa mengenai penghapusan semua bentuk diskriminasi terhadap wanita di mana Malaysia antara negara-negara yang terlibat dalam perjanjiannya. Konvensyen tersebut berperanan membela hak-hak wanita dengan menggesa negara-negara yang terlibat dalam perjanjian ini melakukan pindaan terhadap undang-undang yang dianggap mengandungi unsur-unsur diskriminasi terhadap hak wanita. Tindakan kerajaan Malaysia yang meletakkan reservasi terhadap penghapusan peruntukan undang-undang poligami menyebabkan wujud dakwaan bahawa undang-undang poligami di Malaysia mendiskriminasi wanita serta melanggar prinsip kesamarataan gender. Objektif kajian adalah mengkaji tafsiran terhadap persamaan gender dan tidak mendiskriminasi menurut CEDAW dan Syarak serta analisis konflik undang-undang poligami di Malaysia dengan prinsip CEDAW. Kajian juga bertujuan menganalisis keperluan reservasi dalam undang-undang poligami di Malaysia. Metodologi kajian adalah berbentuk kajian kualitatif dengan rekabentuk kajian kes menerusi pendekatan kaedah analisis kandungan dan temubual separa struktur. Data-data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif dan komparatif berterusan. Hasil kajian mendapati bahawa tafsiran persamaan gender dan tidak mendiskriminasi antara CEDAW dan Syarak adalah berbeza. CEDAW meletakkan kesamarataan gender terhadap semua aspek manakala Syarak pula meletakkan konsep kesamarataan gender dalam aspek konsep kehambaan manusia terhadap Allah SWT yang diberi ganjaran berasaskan amalan mereka dan perbezaan antara gender diberi penekanan dari aspek hukum berasaskan perbezaan tanggungjawab antara lelaki dan wanita. Seterusnya, undang-undang poligami di Malaysia tidak mengandungi unsur unsur diskriminasi terhadap wanita. Undang-undang poligami didapati melindungi hak wanita berpoligami dari aspek nafkah dan giliran bermalam melalui tuntutan-tuntutan hak tersebut di mahkamah Syariah. Hasil kajian memberi implikasi bahawa rasional kesamarataan gender adalah memberi hak dan keadilan yang sepatutnya kepada gender, bukannya memberi hak sama rata kepada semua gender. Kajian ini menyokong reservasi perundangan poligami di Malaysia kerana ia menjamin hak-hak wanita Islam di mahkamah Syariah.,Tesis ini tidak ada “Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah”,Sarjana Pengajian Islam
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectPolygamy (Islamic law) -- Malaysia
dc.titleKesamarataan gender menurut Convention on the Elimination of all forms of Discrimination Against Women (CEDAW) dan syarak dalam undang-undang poligami di Malaysia
dc.typetheses
dc.format.pages148
dc.identifier.callnoBP158.P64M845 2017 tesis
dc.identifier.barcode003500(2018)
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101524+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.77 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.