Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459311
Title: Cabaran pelaksanaan Kelas Aliran Agama (KAA) dalam sistem pendidikan di sekolah-sekolah daerah Kerian, Perak
Authors: Norhaniza Sulaiman (P67551)
Supervisor: Farid Mat Zain, Dr.
Keywords: Kelas Aliran Agama
Islamic education -- Study and teaching (Secondary) -- Perak -- Kerian
Issue Date: 6-Jun-2017
Description: Sistem pendidikan di Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran untuk merealisasikan matlamat pendidikan yang murni. Para guru dikerah untuk merealisasikan matlamat murni ini sama ada dalam bidang kurikulum mahupun ko- kurikulum. Namun sejauh mana kecemerlangan yang diharapkan itu tercapai atau tidak ia memerlukan kerjasama padu dari banyak pihak termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri sebagai pihak yang membuat dasar. Justeru, atas cadangan dan permintaan masyarakat, Kementerian Pendidikan Malaysia menubuhkan Kelas Aliran Agama (KAA) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) yang terpilih. Kewujudan KAA amat penting untuk meneruskan kesinambungan penguasaan murid dalam mempelajari ilmu Jawi, Al-Quran, Bahasa Arab dan Fardu Ain (JQAF) semasa di sekolah rendah. Kajian ini bertujuan untuk membincangkan cabaran yang dihadapi oleh KAA bagi melengkapi ilmu Pendidikan Islam sebagaimana Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Tahfiz, yang mampu mencipta kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar. Selain itu, kajian ini turut melihat sejauh mana pelaksanaan program di KAA memberi impak kepada kecemerlangan KAA sama seperti Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Kajian ini juga mengamati sejarah penubuhan KAA, meneliti perkembangan dan keberkesanan serta menganalisis cabaran dalam perlaksanaan KAA, di samping mencadangkan penambahbaikan. Kajian ini menggunakan tiga kaedah iaitu kajian sejarah, kajian analisis kandungan dan wawancara. Oleh itu, hasil kajian ini akan menjelaskan keseluruhan aspek berkaitan KAA merangkumi dasar, organisasi, perancangan strategik, program dan cabaran-cabaran yang berkaitan dalam pelaksanaan KAA, supaya ia tidak dipinggirkan dan akhirnya pupus dalam sistem pendidikan di Malaysia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 100
Call Number: LC910.M4N648 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101187+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
394.78 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.