Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459310
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorHakim Zainal-
dc.contributor.authorSuhazlinda Ghazaly (P67610)-
dc.date.accessioned2023-09-13T07:51:55Z-
dc.date.available2023-09-13T07:51:55Z-
dc.date.issued2017-04-08-
dc.identifier.otherukmvital:101186-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/459310-
dc.descriptionTahap penguasaan kata kerja tiga huruf berimbuhan bahasa Arab dalam kalangan pelajar masih di tahap yang lemah dan tidak memuaskan berdasarkan beberapa kajian yang lalu. Walaupun telah banyak kajian yang dijalankan berkaitan kata kerja ini, namun belum terdapat kajian khusus yang membincangkan tentang kesesuaian cadangan makna kata kerja ini dalam kitab tafsir silam dan moden dengan makna dalam kitab sarf. Adakah wujud makna baru bagi kata kerja ini selain makna dalam kitab sarf? Justeru, objektif kajian ini adalah mengenal pasti pola kata kerja tiga huruf berimbuhan dalam surah al-Kahf dan makna cadangannya dalam kitab sarf silam dan moden. Selain itu, kajian ini bertujuan menganalisis kesesuaian makna kata kerja ini yang dicadangkan dalam kitab tafsir silam dan moden dengan makna dalam kitab sarf serta mengesan makna baru yang wujud. Kajian ini merupakan kajian kualitatif melibatkan kajian semantik yang menggunakan reka bentuk analisis dokumen dengan merujuk pelbagai sumber bercetak dan elektronik. Data kemudiannya dianalisis menggunakan kaedah tematik dan analisis komponen. Hasil kajian mendapati kata kerja tiga huruf berimbuhan dalam surah al-Kahf adalah sebanyak 149 perkataan, iaitu majoritinya menggunakan pola af‘all, diikuti pola ifta‘al, fa‘‘al dan istaf‘al, minoritinya menggunakan pola tafa‘al, infa‘al, fa‘al dan tafa‘‘al, manakala bagi pola if‘all, if‘aw‘al, if‘all dan if‘awwal pula tidak diketemui. Dari sudut pemberian makna kata kerja ini, hampir kesemua makna dalam kitab tafsir sesuai dengan makna dalam kitab sarf. Hanya sebahagian kecil maknanya tidak dapat dikenal pasti kesepadanannya. Selain itu, kitab tafsir silam dan moden banyak memberikan makna yang sama dan hanya sedikit perbezaan makna bagi kata kerja ini. Manakala makna baru yang ditemui oleh kajian ini ialah makna pengambilan dan paksaan atau gesaan bagi pola af‘al. Kajian ini memberi implikasi yang penting dalam bidang pengajian morfologi bahasa Arab dan tafsir al-Qur'an. Ia juga boleh dijadikan rujukan dalam pengajaran kata kerja berimbuhan bahasa Arab.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectBahasa Arab-
dc.subjectArabic language -- Morphology-
dc.titleSemantik kata kerja tiga huruf berimbuhan dalam surah al-Kahf-
dc.typetheses-
dc.format.pages164-
dc.identifier.callnoPJ6131.S83 2017 tesis-
dc.identifier.barcode003475(2018)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101186+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
847.93 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.